Skip to main content

Hmmm...???

Semalam saya telah dipoke di FB oleh seorang lelaki yang lahir pada tahun 1965 yang tinggal di Ipoh. Saya telah lama tidak dipoke. Rasanya aktiviti poke ini sudah agak ketinggalan zaman. Kemudian, saya mendapati terdapat PM darinya yang hanya tertulis "slm". Agak malas agaknya untuk menekan kekunci "a" untuk menaip perkataan penuh "salam". Saya pun meng-check siapa agaknya lelaki ini - mutual friends cuma seorang iaitu senior saya semasa di asrama sekolah menengah. Jadi, saya memang tidak kenal dengan beliau. Saya check out wall beliau. Public. Oh, tidak berapa bijak... Gambar? Nampak agak kabur. Mungkin gambar 10 tahun lepas. Nampaknya beliau agak baru dalam dunia FB - cuma sejak beberapa bulan yang lepas. Wall postingsnya pula? Setiap hari beliau akan mengupdate apa yang beliau makan semasa lunch.

Tak apa lah... Saya hanya akan berdiam diri sahaja. Harap-harap beliau tidak poke saya lagi.

Comments