Skip to main content

Aliyah Tak Sekolah

Aliyah tak sekolah dah 2 hari. Mata dia kena ketumbit. Sakit dia kata, sampai mengalir air mata. Kesian pulak. Ingatkan this year azam baru boleh lah sekolah full attendance at least for January. Tapi mata sakit pun dok mengadap TV all day long. Boleh pulak... So, I've been working from home since yesterday. Masa ni lah really appreciate that I work for myself. That I can be home with her without having to apply for leave. Aliyah said last night Cikgu kata kalau demam tak payah sekolah. I said, memanglah kalau demam tak boleh sekolah. Then she said, ada kawan demam pun pegi sekolah sebab Mak & Ayah dia suruh. Ada ke parents macam tu?

Anyway, these are the times when as a mother I wish she doesn't have to endure the pain. Kalau boleh transfer lah sakit tu kat kita, biar anak kita ni sihat. But Alhamdulillah Aliyah has been quite healthy these few months.
This was the last time she got sick many, many moons ago. Dia tak suka letak cool fever, she prefers the traditional way - letak tuala sejuk atas forehead.

Comments

Anonymous said…
Sebagai seorg ibu yg prihatin kita akan rasa sama kesakitan anak kita bila dia sakit. Sama la jugak klau suami kita sakit, kita sbagai seorg wife mesti akan sama2 merasanya.

Saya ni walaupun blum ade anak lagi tapi saya tau mcm mane risaunya hati seorg ibu bila tngok anak dia sakit. Tu baru sorang blum 2-3 lagi, coz my sis ade 3 org anak so saya tau la mcm mane kelam kabutnya dia bila 3 anak serentak tak sihat. Smpai nak mkn pun tak sempat.

Bagi saya lak saya cukup2 risau bila hubby saya tak sihat. Baru2 ni dia kena chikungunya (betul saya eja ni) punya la saya risau, 2 mlm saya tak dpt tido dok jaga dia. My hubby ni bila dah dmm mcm baby, nak kena dimanjakan. Nak mkn kena pujuk, nak mkn ubat pun kena pujuk. Tu blum bab nak gi klinik, mak oi mcm budak2 kena pujuk nak ajak ke klinik.

Bagi saya sebagai seorang wanita bila kita dah brumahtangga ni, tak kiralah walaupun suami kita tu bukan idaman kalbu kita, tapi dah jadi suami dah hidup bersama susah, senang, sakit dan pening dia kita akan sama2 merasai.

For info saya sbenarnya brkahwin pun bukanla bercinta sngat, tapi bila dah kahwin dan bila hidup bersama tu perasaan kasih sayang tu akan wujud dgn sendirnya. Malah saya rasa kebahagian yg saya dapat skrg ni blum tentu lagi saya boleh dapat sekiranya saya kahwin dgn seorg lelaki yg betul2 menepati ciri2 lalaki idaman kalbu saya.

Jadi saya sngat2 tak paham, bila ade pompuan yg dah kahwin boleh kononnya "TERJATUH CINTA" dgn org lain yg kononnya jugak adalah lelaki idaman kalbu dia and then boleh lak ckp yg dia punya suami tu tak menepati ciri2 lelaki idaman kalbu dia.

Go to hell la pompuan, kau tau tak klau kau tu dah berstatus isteri dan ade terdetik walau sebesar kuman skali pun perasaan trhadap lelaki lain maka berdosa besar jadinya dan hendaklah memohon ampun dari suami dan jugak dari allah. Klau tak tak cium bau surga la jwbnya.

Saya ni pun bukan la arif sngat2 dlm hal hukum hakam agama ni tapi sblum saya kahwin saya ade la blajar sikit2, so tau la gak dosa pahalanya seorg isteri tu.

Alamak panjang la pulak. Mcm saya punya blog la pulak.
Anonymous said…
Di atas permintaan Encik Bahaman ni saya nak berkongsi beberapa pantun. Pantun yg ni ori punya.

Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa yang bawa?

Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?

Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam di sangkar disambar helang

Yang ni saya nak ubahsuai sikit,
tapi ianya tak ade kena mengena antara yang hidup atau yg mati sekadar utk hiburan semata.(kena ckp cam ni kang ade lak yg kata saya ni mengata org dok buat dosa je)

Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Laki di rumah nak dirampas orang

Yang ni lak pantun bersoal jwb:

Soalan:

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak

Jawapan:

Entahkan jadi entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Memang tak sudi memang tak hendak
Kerana diriku dimiliki orang

Yg ni lak pantun org yg kecewa:

Tuan puteri tersadung batu
Ambil ubat di atas para
Alangkah sedih cinta tak restu
Jiwa merana hati sengsara

kepada semua semoga kita akan bertemu lagi disesi berbalas pantun pada minggu hadapan.
Anonymous said…
selamat datang ke pesta pantun di blog Cik DK. Oops, sorry.... tuan rumah tentu angin. Nak takeover blog aku ke dia orang ni?

Setuju dgn pendapat Cik DK yg panjang lebar. Anak, suami atau isteri bila sakit kita manjakan. Isteri yang sakit jiwa nakkan suami orang lain, biar tumbuh ketumbit besar yang permanent, baru padan muka.

Untuk orang dewasa, ketumbit tak sakit sangat but annoying. Surely painful for kids, hope Aliyah will get better soon.
Anonymous said…
Saya rasa klau takat ambik alih blog boleh kot Puan Aniza, tapi jgn ambik alih suami. Opss.....
Aniza said…
Ayahanda marah tak?

Tidak... Dancing lah sampai pagi...

Kalau marah kena jual...