Skip to main content

Gunung Angsi Hike

Khamis lepas, selepas tak ke kelas hampir 2 minggu, gagahkan diri untuk pergi walaupun mood memang tak ada. And I was so glad I did. Lega sangat rasa. Alhamdulillah I have friends at CBF, especially that chirpy Ani, yang sangat concern. Sempatlah meluahkan rasa sedih kat dia 😢. Keluar jugalah air mata.

Sebelum kelas start, Aqish bagitau dia ada buat hiking trip ke Gunung Angsi esoknya. Apparently, kelas cikgu-cikgu ajak sebab sekolah dia orang cuti hari Jumaat sempena PRK Semenyih. Cuma 3 orang saja yang confirm. Jadinya, sambil-sambil workout kepala ligat pikir whether I should go. End of class I cakap nak ikut walaupun sedar diri yang dah dekat 2 tahun tak pergi hiking! Redah saja lah...

Esoknya kumpul di CBF at 6.40am. Altogether ada 5 orang - Aqish, 2 cikgu dan 2 geng housewives 😎. Carpool naik kereta Aqish. The journey was about 40 minutes. Taklah jauh sangat. Since it was Friday, memang orang tak berapa ada. Bila sampai cuma ada 2 kereta saja. We started at Bukit Putus trail. I baru tau ada 2 trails. Another one ialah trail Ulu Bendul. Itu yang anak comel pernah naik lepas dia habis exam UPSR dulu. And ever since dia trauma tak nak pergi hiking lagi 😅.

Anyway, start hiking saja terus mencanak. Trail tu tak ada la mukadimah ke... bagi salam ke... memang mencanak terus. Mula-mula kena naik 3 tangga. Itupun dah mengah. Lepas tu memang memanjat jenis kau kena mendongak nak tengok kawan kat atas. Sambil naik tu memang dalam hati kata - "mengada-ngada kan nak hiking padan muka!" Hahaha... tapi buang rasa menyumpah dan menyampah tu ke tepi dan stay positive. I can do this. I can do this. I can do this!!! Sambil tu zikir banyak-banyak dalam hati 😇. Alhamdulillah... at this age, dan setelah 2 tahun tak panjat bukit (mengada kan terus panjat gunung!), berjaya sampai ke puncak dan turun kembali. Alhamdulillah tanpa injury. Selamat sejahtera. Cuma, as usual, I lepas hiking memang akan kena migrain. Kali ni bertabahlah 2 hari migrain. Allah...

Tapi pengalaman yang sangat, sangat menakjubkan. Sepanjang pendakian suasana sejuk saja. Makin naik makin sejuk dan berkabus. Bagus juga I pakai compression shirt kat dalam dan T shirt kat luar. Bila berpeluh sejuk betul rasa. Dan yang bagusnya, I clocked around 19,000 steps altogether. Hari pertama Samsung Challenge terus dah hampir capai 1st star 💪.
 Inilah starting point belah Bukit Putus.
Take a break di RnR yang pertama! Cubaan yang payah untuk senyum.
 Viewing point untuk tengok waterfall. Tapi tak nampak pulak mana waterfallnya.
 Tengoklah tu punya tinggi nak panjat! 
Pandangan dari bawah pulak...
Asics ni dah sampai puncak Gunung Angsi. Pagi tu baru check hiking shoes. Dah lama sangat tak pakai kasut jadi keras. Risau lak takut half-way tapak tercabut! Jadinya, pakailah jogging shoes yang awesome ni. Alhamdulillah OK 👍
Puncak Angsi berkabus dan angin kuat.
Inilah geng panjat Angsi Jumaat lepas. Ambik gambar kat pokok ni macam kat Cameron pulak!
We made it!

Comments