Skip to main content

All Orders Completed

I finally completed all orders received for the pouches. Alhamdulillah. These few days laju jahitnya sebab dah dapat momentum yang optimum 😎. Tinggal lagi a few saja yang I memang buat extra. Lepas ni insyaallah nak stop kejap, letak tepi, sebab nak buat pants and blouse yang dah lama sangat ditinggalkan. Doa-doa semoga akak yang order tu tak bosan tunggu. She did say she's not in a hurry anyway 😅. Lepas tu mungkin nak sambung semula buat pouches. Nak menghabiskan kain cotton yang ada ni.
 Altogether ada 50 pouches. Target nak buat dalam 60 for this batch. Insyaallah this is for a good cause.

Pagi tadi hantar anak comel pergi interview part-time job. Dia pakai baju kurung arwah Mak Ngah dia. Kata dia macam dapat kerja tu tapi tengoklah in the end dia minat ke tak 😅. Sekarang jantung tengah dupdap dupdap Khamis ni insyaallah result SPM keluar. Allah... risau juga. Tapi I awal-awal dah redha. Whatever she gets, itulah yang terbaik bagi dia sesuai dengan kemampuan dan usaha dia. Yang penting, wajib sambung belajar. Kat mana sekali pun akan diusahakan, janji belajar 👍.
Arwah Mak Ngah dia pernah kata, anak comel sorang saja yang sama saiz dengan dia. Sedih juga bila tengok baju-baju arwah yang anak comel "inherit". Dah pesan dengan anak comel, every time you wear your Mak Ngah's clothes, make sure sedekah Al Fatihah, buat perkara baik-baik saja dan ingat semangat kuat dia.

Comments