Skip to main content

Redang Trip - Day 2

Sebenarnya Day 2 tidak banyak beza daripada hari sebelumnya. Snorkeling lagi! Cuma pagi Day 2 trip pergi ke Marine Park. Kali ni naik boat "Ferrari". Hehehe... boat agak buruk yang dua kali rosak dalam perjalanan. Rasanya bukanlah rosak yang teruk. Engine stop kejap dan dalam 5-10 minit, OK balik. Marine Park is the place where everybody from other resorts would come. So, ramailah juga umat kat situ. Snorkeling daripada beach masuk ke laut compared to open sea yang turun daripada boat. Memang best walaupun, again, corals banyak yang dah mati. Tapi excited dapat tengok species Nemo weh!
Jay & Ies saja yang ambik gambar kat sini. Panas bila dah menjelang tengahari. Tu yang cepat-cepat naik boat nak balik chalet.

Balik chalet, lunch, rehat kejap. Sempatlah terlelap sambil borak-borak tu. Lepas tu terjun laut semula. Gila apa achik-achik ni kan? Sebenarnya, depan chalet tu pun dah memang best untuk snorkeling. Memang berendam saja aktiviti kita orang.
 Sent Hubbs this picture. Dia kata macam Bond girls pulak. Hehehe...
 Pantang jumpa dinding yang boleh buat mural :)

Malam tu hujan lagi. Second night BBQ dinner. Memang best tapi kena bakar sendiri ikan dan sotong. Cuma sebab cuaca hujan, punyalah banyak asap BBQ pit tu... But the food there was really good. And like I said before, very generous. Asal kurang saja terus replenish. 
Ini nak share our room. Quad sharing. Ada 2 double bed. Satu bawah, satu kat atas loteng. We didn't have any complaints about the chalet sebab exceeded our expectation. I think those yang buat review teruk kat Tripadvisor tu kena evaluate diri sendirilah. Kau bayar ciput tak kan expect 5 star accommodation kan? Kita orang happy je :). OK, abaikan aksi Jay itu.
 Ini daripada luar. Ada tempat sidai baju basah (walaupun untuk 4 orang perempuan memang agak sesak nak gantung baju!).

Comments