Skip to main content

Nurse Kerja Mulia Ya, Please...

Sebenarnya sejak 2-3 bulan lepas banyak juga baca cerita pasal manusia penakut (atau lebih dikenali sebagai keyboard warriors) yang mengutuk jururawat. Dekat FB bukan main lagi mengata sampai keluar segala perkataan kesat yang tak sepatutnya keluar. Setiap kali saya baca kisah macam ni, the first thing that comes to mind is - kalau betul, kenapa tak complain? Terus jumpa nurse tu, cakap dengan dia apa yang tak puas hati. Dengar her side of the story. Kalau nurse tu kurang ajar, cari pulak siapa superior dia, kalau sama jugak cari kat mana nak buat complain di hospital tu. Itu cara paling logik untuk buat complain. Standard lah mana-mana pun.

Yang bodoh pegi complain kat FB tu buat apa? Suka kot nak viral kan benda yang rasa dia betul sangat dan pandai sangat. Dan banyak kes yang lepas viral, bila selidik balik, rupanya orang tu yang salah. Lepas tu kena buat public apology.

I have had my shares of dealing with nurses. Setakat ni, pengalaman saya temankan Mak dan arwah Abah (mostly di Hospital Serdang) tak pernah jumpa nurses yang tak jalankan tugas dengan baik. Kalau nampak dia tak senyum, redha saja lah. Kita tak tau apa yang dia hadapi sejak dia mula shift sampailah waktu tu. Janganlah harap dia sentiasa senyum kat semua orang. Dia pun manusia. Let me tell you a story.

Pagi arwah my father meninggal, I started being with him at around 9am. My father dah lapse into coma. On and off. Every time dia sedar, dia akan cakap lapar dan haus. Tapi dia tak boleh makan dan minum sebab tengah tunggu results. Bayangkan bertapa seksanya hati seorang anak bila bapak kita yang dah sedia lemah tu cakap, "Lapar... lapar...". Every 30 minutes I would go to the nurse station, asking if my father can be fed. One of the nurses will come with me, check on my father and said, sorry not yet. Muka nurse tu pun dah kelat. Bukan kelat sebab marah saya kacau dia, sebab dia pun kesian. Dan dia pun tahu yang umur my father tak akan panjang. Mungkin dia tahu yang my father will not last till evening. Dia lagilah banyak pengalaman. Cuma dia tak bagitau saya.

When my father crashed and I ran to the nurse station to tell them, sepantas kilat they ran to my father's bed, along with all the equipment. 3 orang terus. Dan doktor entah daripada mana pun saya tak tau tiba-tiba ada sama. Walaupun nurse dah cakap, seorang waris sahaja. Tapi bila saya just stepped in and stood at my father's feet, none of the nurses marah suruh keluar ke, jeling ke... Nope. They focused on their work.

When all was over, when I wanted to go back after having my brothers handle the rest of funeral arrangements, I stopped at the nurses' station. Masing-masing nampak muram. Saya salam dengan setiap nurse yang sedang bertugas dekat situ. Saya ucapkan terima kasih sebab jaga bapak saya dengan baik sepanjang dia warded di situ. Semua nurse salam saya, ucapkan takziah pada saya dan pesan supaya saya banyak bersabar. Masing-masing bergenang air mata walaupun tak tumpah macam air mata saya yang jatuh macam air terjun.

Mereka mungkin dah biasa sangat hadapi kematian setiap hari di ward tu, tapi saya yakin setiap kematian pasti akan ada impact pada diri mereka. Bayangkan kalau patient yang mereka jaga baru meninggal, walau professional macam mana pun, pasti akan terasa juga, pasti akan muram. Habis tu, kau nampak nurse muka kelat, tangan laju taip kat telefon, post kat FB cakap nurse kat hospital ni macam *&%^# sebab tak senyum. Kau tau tak apa yang dia baru hadapi?

My point is - kalau kita baik dengan orang, appreciate kerja orang, hormat dengan orang, insyaallah, kalau bukan kita sendiri, orang yang kita sayang akan dijaga dengan baik. Simple.

Comments