Skip to main content

Selamat Hari Raya

It's a very quiet Hari Raya for my little family. After 3 years, this year we celebrated in Bangi. Our little car is not so well to travel far, so we didn't go back to Melaka. Missing all the fun! (The delicious rendang itik and other food prepared together with my SILs...). Anyway, this year dengan doa semoga hati ini Allah bersihkan dan tanamkan rasa ikhlas, I prepared for the abandoned Bangi house. Setelah balang-balang kuih tidak ditemui, beli a few kat Giant along with a plastic container for cakes. Told my father I'll the cooking, and am touched by his look of gratitude. No matter what he might say that might hurt many hearts, I did what I needed to do. So, dengan kalimah Lillahi ta'ala terpahat di dalam hati, laksanakan tugas sebagai anak walaupun sendirian dengan rasa sayu dan sepi... Segala apa yang aku lakukan adalah keranaMu ya Allah.

Alhamdulillah, hari Ahad, walaupun buat kerja seorang diri, Hubby sedia menolong dengan pisau ditangan, semua siap tempat jam 6.30 petang.
 Mula jam 11.45am dengan nasi impit. Siap beli stove baru. Hubby kata senang esok untuk kenduri Aliyah. Huh? Anyway, periuk pinjam dari rumah sana. Bentang tikar kat washing area.
 Rendang daging in the making. 3kg. Hubby yang tak pernah potong daging tiba-tiba menjadi expert pasal daging. Sebab banyak tengok AFC & TLC.
 Bapak ku sangat teruja kerana anaknya angkat tangan serah diri untuk masak, lalu telah membeli beberapa kilo tulang tanda gembira. Atas stove biasa, naikkan tulang buat sup 3 jam. Impromptu buat resepi baru. Check dalam laci - alamak! rempah sup habis! Lalu masukkan blended bawang merah, bawang putih, halia dan serai serta rempah kurma. Lepas tu tawakkal. Alhamdulillah, hasilnya excellent. Rasa macam sup mamak. Bapak ku makan ini je selama 2 hari.

Ada lagi satu dish - kari ayam nyonya - terlupa ambil gambar. Lepas rendang daging selesai (keras sebenarnya!), naikkan ayam pulak - 2 ekor. Sambil tu tengok jam dengan rasa nervous. Dah janji nak hantar semua ni waktu berbuka. Lagipun, untuk hidangan orang datang takbir. Allah mudahkan semua urusan. Siap potong-potong nasi impit dan pack dalam bekas sedia dihidang. Jam 7.00 petang, successfully delivered. 

Ziarah kubur di Sg Buah. Rindu dengan arwah Atok & Nenek. Seperti biasa, bapak ku adalah walking history book. Kubur lama ni penuh dengan sejarah. Cerita bagaimana Bangi mula dibuka dikisahkan kembali. Seronok dengar sebenarnya :)

Comments