Skip to main content

Routine Bulan Puasa

Hari ni kedai baru buka sejak mula puasa. Agak slow. Tapi Alhamdulillah, OK je. Pagi ada yang hantar basikal untuk service. Lepas tu bapak dan anak-beranak datang repair basikal dan beli helmet. Tengahari yang panas ni memang sah la tak ada customer. Boleh guna masa untuk research dan buat kerja-kerja iBook. Insyaallah sampai jam 5.30 sahaja. Lepas tu tutup, fetch Aliyah, cari kuih-kuih sikit dan balik masak. 

Sejak semalam, lepas hantar Aliyah singgah hantar food sekejap untuk yang tersayang yang memang tak boleh berpuasa. Hari ni buatkan nasi goreng dengan telur dan kacang panjang. Letak leftover sup sikit. Semalam buat sup ayam (leher, tulang dan kaki sahaja) dengan ditambah macam-macam - cendawan, kentang, carrot, tahu. Pendek kata, apa saja yang ada dalam fridge yang sesuai untuk dimasukkan. Hopefully Mak akan makan. Tadi datang dia tengah tidur. Nampak peaceful sangat tidurnya. Tak sampai hati nak kejut...
 Untuk alas perut dia sahaja sementara tunggu waktu buka puasa... Dia cerita hari pertama cuba berpuasa. Tapi perut sakit. Mata pulak asyik pandang jam menanti waktu berbuka. Hmm... 

Comments