Skip to main content

Lama Tak Busy

Dah agak lama tak busy bertimpa-timpa macam 2-3 hari ni. Minggu ni lah that favourite agency nak finalise annual report yang sudah siap translate 2 bulan yang lepas. Minggu ni jugalah nak siapkan skrip dan preparation untuk shoot video iBook. Semalam hari yang terlebih productive. Awal-awal pagi dah sampai di agensi untuk buat review. Banyak lah juga changes versi English. Alhamdulillah mereka ni agak bagus dari segi version tracking. Setiap pembetulan akan ditanda dengan pen merah dan photocopy. I was given version 5, 6 and 7. Nah kau!

Setelah selesai mendapatkan photocopy dan menerima briefing dari Pengarah, duduk di bilik mesyuarat sorang-sorang untuk buat pembetulan pada versi BM. Bagus juga duduk sendirian ni tak ada orang kacau. Start jam 11 pagi, target siap jam 3 petang. Agak memeningkan pada mulanya tapi bila dah dapat momentum, laju juga. So, mengadap versi latest BM (yang sebenarnya sama dengan versi 4 English), kat depan buka ketiga-tiga versi English. Jadi setiap page, setiap line kena check against version 5, 6 and 7. Semua yang ada pembetulan, tanda pada versi BM. Yang minor changes setakat tukar perkataan tu OK lagi. Ada pulak buang terus paragraph ganti yang baru. Kena translate lagi...

Masa sampai di KL Sentral pagi tu teringat yang pen terlupa bawa, lalu ke kedai beli pen murah ada 3 warna tu. Bagus juga. Dapat guna untuk menanda. Sambil-sambil buat teringat zaman jadi sub-editor di NST. Itulah kerjanya. Corrections highlight warna kuning dan tanda dengan pen merah. Dan alhamdulillah, julung-julung kalinya, laptop merah telah berjaya menembusi wifi kat agensi tu. Memang mencepatkan kerja sebab dapat check translation dan spelling kat website DBP. Masa tu rasa nak cium je laptop buruk tu.

Setelah berhempas pulas, jam 2 petang berjaya siap. Yeay, awal satu jam. Terus handover kepada pegawai agensi dengan instructions - photocopy, bagi satu kepada Pengarah, yang original bagi kepada printer, ada 2-3 benda kena standardise pada report. Pegawai pun nampak sangat mengharap kerja siap. Kurang 2 minggu nak release dah!

Sambil kemas-kemas, hantar message kepada favourite contact person. Lama tak jumpa. Lepas tu terus cari surau. Buka saja pintu nak ke surau terperanjat ada orang sedang duduk di belakang pintu. Rupanya favourite contact person sedang baca message I. Sempatlah bercakap dalam 15 minit. Pasal basikal yang anak dia nak. Pasal project baru. Bagi dia idea menarik, nampak mata agak terbeliak mendengar. Semoga ada rezeki. Selesai solat, terus ke stesyen LRT. Ada meeting pasal video shoot. Tunggu dekat setengah jam. Berdiri. Manalah ada tempat duduk di stesyen LRT. Bila sampai tumpang kiosk Ramly sekejap. Susah juga meeting bulan puasa ni. Tak tau nak duduk mana. Any eateries memang tak boleh. Silap-silap kena tangkap kata tak puasa pulak. Ini pun discussion yang express. Tak sampai setengah jam.

Dalam LRT barulah rasa penat datang. Perjalanan jauh lagi. Masa datang tadi nampak shopping complex baru di KL Sentral, ada cita-cita nak check out. Sampai KL Sentral, jeling saja. Tenaga dah tak ada nak buat apa. Dalam komuter balik Bangi seperti biasa jam hampir 5 petang orang punya ramai. Kenalah berdiri. Sampai Midvalley dapat seat kosong. Baru nak lelap mata terus terpikir. Kot-kot ada yang lebih memerlukan. Pandang keliling - tak ada orang pregnant, tak ada orang tua. Rasanya I yang paling tua kot. Terus cuba lelap mata. Mata je tutup, tak lelap pun pasal train tu punya announcement volume full blast. Aduss... ingat orang pekak ke? Setelah seharian, naik turun train, jalan kaki tengah panas, berdiri tunggu orang, buat review non-stop 3 jam, sampai rumah tepat 5.45 petang. Masih belum boleh rehat. Duduk pun tak sempat. Kena siapkan untuk berbuka.

Siapa kata cari rezeki senang? Dugaan datang dalam banyak cara. Tapi yang penting - cari rezeki dengan cara halal.

Comments