Skip to main content

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

I am a proud "siswi" of Universiti MKI. Each day, there will be at least one "nota kuliah" to read. Saya doakan Prof Kamil sentiasa sihat dan bersemangat untuk menulis nota-nota kuliah setiap hari. Dan semoga Allah swt memberi ganjaran sebaik-baik ganjaran kepada beliau dan keluarga.

Hari ini topik "Bersyukur" - which hit spot on. Sebagai manusia biasa, kita selalu beranggapan "the grass is always greener on the other side". Dulu-dulu, masa jadi manager di company lama, ayat keramat ini selalunya akan keluar bila staff nak berhenti untuk berpindah ke syarikat lain. This is actually applicable to a lot of situations. Garden jiran depan lebih cantik dari garden kita. Kereta jiran sebelah lebih besar dari kereta kita. Gaji dan pangkat orang tu lebih dari kita. Kehidupan orang tu lebih bahagia dari kita. Unsur-unsur cemburu pasti ada.

Saya juga manusia biasa. Bila waktu sedang susah, masa itulah selalunya perasaan itu akan datang. Pernah saya ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur, setiap kali memasukkan satu barang ke dalam troli, tangan menekan calculator mengira jumlah terkini barangan di dalam troli. Harga jangan sampai terlebih dari jumlah wang yang ada di tangan yang sememangnya sangat sedikit. Bila sampai di kaunter, saya melihat cashier punch in harga dan saya berkata di dalam hati - "walaupun dia hanya cashier, tapi kedudukan kewangan dia sekarang jauh lebih baik dari saya. Hujung bulan ni pasti dia akan dapat gaji. Hujung bulan ni - saya belum tentu dapat payment dari client". Saya cemburu dengan cashier tersebut.

Ternyata saya belum cukup bersyukur. Bak kata Enida - "bersabar lebih mudah dari bersyukur". Prof Kamil menulis: "Bersyukur bermakna kita tidak mengungkit-ungkit tentang perasaan kekurangan diri." Itu sememangnya sangat sukar. Kita selalu merasa rendah diri jika dibanding dengan orang lain. Tapi kita lupa yang mungkin orang lain pula rasa rendah diri dengan kita. Bagi mereka, kita ada apa yang mereka tidak ada. Pernahkah kita terfikir? Kini saya sentiasa berusaha untuk mencapai rasa bersyukur tahap optimum. Saya bersyukur yang saya punya kereta untuk bergerak walaupun ianya comel. Saya bersyukur dengan rumah yang saya rasa sangat selesa dan cantik walaupun ada peralatan rosak yang perlu dibaiki. Saya bersyukur dengan banyak anugerah Allah swt yang di mata sendiri mungkin biasa-biasa sahaja tapi luar biasa di mata orang lain. Saya perlu bersihkan hati dari mahukan sesuatu kehendak material yang tidak perlu di dalam hidup ini. Saya mungkin belum mencapai kesyukuran tahap optimum itu, tapi saya sedang berusaha. Dan percayalah, bersyukur akan membuat hati lebih tenang dan nyaman.

Alhamdulillah atas segala anugerah Allah swt.

Comments