Skip to main content

These Days

I was a bit sad last week because my fitness class has been disbanded. Gigih pergi class on the last day. Dapat jumpa Nat yang selalu selisih sejak lepas Raya puasa - I datang, dia tak datang. Bila dia datang, I pulak ponteng. Yang kelakar - cakap dengan Ani - "Sedihlah class dah tak ada lagi. Rindu dengan korang 😢". Terus dia jawab - Haaa kak oiii... tak de nak sedih-sedihnye. Minggu depan kita start kat tempat baru! Jangan tak datang! 

Rupanya dia orang cari tempat lain 😁. Still dengan Coach Aqish. Geng pun orang yang sama. Dan dekat sikitlah tempat baru ni for me tak payah nak tempuh traffic light dekat dengan toll tu pagi-pagi sama dengan orang pergi kerja. Yesss! Insyaallah bulan ni akan cuba untuk rajinkan diri. Berat dah naik ni 😅! Punyalah berazam nak turun berat sebelum travel nanti tapi nampaknya tak berjaya. Takpa, ada lagi 2 bulan before year end 💪.
Last class di CBF. Selasa nanti jumpa tempat baru.

Samsung challenge untuk October memang tak berjaya, tapi bulan ni punya so far so good. Selalu macam tu kan? Nanti dah tengah bulan mula lah... I managed to complete Metrojaya Wear It Pink Challenge. Ngam-ngam lagi sejam before midnight 😅.
Medals setakat ni 💪

Semalam pagi anak comel and I ke Cyberjaya Farmers' Market di Rekascape. Dah lama teringin nak pergi tapi tunggu anak comel balik cuti. Walaupun tergesa-gesa sikit semalam sebab banyak nau errands kena buat, sempatlah pusing the whole place. Suka, suka, suka! Tempat best, clean, beautiful, banyak tables and chairs untuk sit around and eat or rest, paling best, of course, is the food. Asal lalu saja gerai rasa nak beli! Siap plan dengan anak comel - next time kita beli apa pulak!
 View from outside. Kawasan yang ada khemah tu mostly jual food. Open space tu mostly jual plants.
 Nice place inside. Tengah-tengah tu ramai duduk picnic atas grass carpet. Keliling gerai food.
 Yang ni kawasan indoor mostly jual crafts like batik, organic soaps, reuseable bags... Also activities like face painting, henna painting, etc.
 Benda pertama dia buat bila sampai ialah lukis inai 😏!
Selain daripada cakes dan kuih-kuih, I beli ni. Basil. Sebeban ni ada dalam 3 pokok hanya RM5! Punyalah murah. I tanya the kids (they look like teenagers) yang jual ni - Why do you sell so cheap? They said - we actually sell aquaponic sets. When the vegetables we grow are big enough, we sell. I used the basil yesterday when I cooked spaghetti olio for the makan-makan. Alhamdulillah... licin!

Comments