Skip to main content

Jeju Trip Day 3

Itinerary for Day 3:
- Jusangjeolli Cliff
- Cheonjeyeon Falls
- Orange Farm
- Yongmeori Coast
- Usolloc Green Tea Museum & Innisfree House

Hari ketiga kami ke bahagian selatan Jeju. Cuaca di selatan suam-suam chill sikit dalam 20-22 degrees. Walaupun bawak jacket tak pakai pun. I pakai hoodie yang anak comel kasi pinjam Mommy dia 😅. Lokasi pertama ialah Jusangjeolli Cliff. Ianya di tepi laut tempat lava gunung berapi mengalir masa meletup dulu-dulu.
Formation bentuk macam hexagon tu terbentuk bila lava yang panas bertemu air laut yang sejuk. Sangatlah unik rupa dia. Macam Cikgu Sains tak akak explain?
Beautiful scenery. Seperti biasa, angin punyalah kuat!

Yang best dekat sini ialah lepas tengok scenery cantik boleh makan sotong bakar 😋. Actually, I think it's octopus sebab besar semacam dan kenyal.
Octopus bakar letak spicy sauce and mayo topped with bonito flakes. Macam rupa takoyaki sikit tapi purely octopus. Alahai sedapnya... 😋

Next location - Cheonjeyeon Falls. Di sini ada waterfall tiga tingkat, tapi kita orang pergi dua sahaja. Menapak lah juga naik turun tangga nak ke waterfall ni.
 I sebenarnya dah lupa ini waterfall yang mana. Tapi yang ini saja yang ada air terjun masa tu.
Yang ni tengah kering masa ni. Elisa kata, masa hujan memang menderu-deru lah air terjun turun. Atas batu-batu tu ada jambatan namanya Seonimgyo Bridge. Tengok dari bawah macam taklah tinggi mana.
 Bila tiba masa naik jambatan tu... Akak dah cuak sikit. Ehem... I ni gayat OK. Penyakit betul lah. Masa ni Jay punyalah laju naik jambatan ni. Ceehhh... eksyen betul 😒.
Gigil juga tangan nak ambik gambar ni 😅!
Alahai tingginya... 😅
 Ada masa rasa macam jambatan ni bergoyang. Dia orang ni lah kata!

Next - hallabong farm. Akhirnya dapat juga masuk ladang buah oren setelah asyik geram saja tengok buah tu sepanjang jalan. Boleh petik sendiri. Bayar ikut berat. Tapi I tak petik dan beli. Sebab I sebenarnya taklah makan sangat mandarin orange ni. Ini kalau Ies dengar I cakap macam ni memang kena marah 😁. Apa je yang kau makan?
Sapa tak geram tengok buah punya lebat macam ni...

Dah settle petik hallabong, lunch time. Kita orang dibawa ke restaurant operated by this Haenyo. Punyalah I excited nak jumpa. I mean, this is a real-life woman diver of Jeju!
 Comel saja kedai dia.
 I tak sempat ambik gambar dia sebab dia busy kat dapur. Tu ada gambar dia kat dinding.
Kat sini makan grilled mackerel. Again - sedapppp...

Lepas kenyang, kita orang ke Yongmeori Coast pulak. Tempat ni ada satu replica kapal seorang pelayar Netherlands nama dia Hendrick Hamel. Apparently dia kena tangkap sebab suspect yang dia spy dan ditahan selama 13 tahun. Replica kapal ni biasa saja. Kita orang masuk dan tengok sementara tunggu air laut surut sikit untuk jalan keliling kawasan cliff. Tarikan di sini ialah formation batu di tebing curam yang unik hasil daripada volcanic activities dan hakisan air laut. Agak curam juga nak turun ke bawah tu. Tapi sangat berbaloi sebab satu experience yang tak dapat di tempat lain.
Tempat turun ialah the other side of the cliff. Pusing keliling cliff tu (jauh juga), dan akhirnya keluar kat sini. 
Kita orang berempat saja yang pusing keliling cliff ni 😎. Yang lain duduk kat atas.
Bila air pasang, tempat ni dipenuhi air. Sebenarnya agak scary juga tempat ni. Rasa kerdil sangat di tempat yang agak tak boleh nak brain macam mana boleh terbentuk sebegitu.

Finally - Usolloc Green Tea Museum & Innisfree House. Hari ketiga ni pack sikit. By the time dah sampai tempat ni, rasa tak larat dah nak masuk green tea museum tu. Terus masuk Innisfree House, pusing-pusing sikit, dan keluar duduk rehat-rehat di taman. Kawasan Innisfree ni memang cantik. Orang putih kata immaculate. 
 Sampai juga kat Innisfree House 😊
 Jay kata macam saintis serba tak tahu 😒
Di sini ada cafe. Rasa sikit cake dan pumpkin latte yang dia orang order. Memang sedap! Tapi Jay and I tak plan nak makan apa-apa kat sini sebab nak simpan perut. Lepas ni dinner.

Dinner di tempat yang sama lunch makan seafood stew hari tu. Kali ni makan tuna stew pulak. Memang sama saja sedapnya!
 Restaurant ni kecik saja. Sempit pulak tu. Sama saja macam cerita Korea. Memang tempat untuk datang makan dan balik. Bukan tempat nak lepak-lepak pekena teh tarik macam kat mamak tu.
Tuna stew... simple food but delicious!

Comments

Budak Letrik said…
Wah! Banyak info yang menarik! Terima kasih!
Aniza said…
You're welcome :)