Skip to main content

Happy 2nd Birthday Ilham

Semalam birthday Ilham yang ke 2. Pasal rasa macam dia dah besar sangat? Baru 2 tahun alahai... Jumaat dia celebrate birthday di tadika. Dua tahun dah masuk tadika? Boleh sebab Mama dia cikgu 😆!
Comel sangat lah budak ni. Excited sebab semua orang celebrate birthday dia.

Tapi tak syoklah kan tak celebrate dengan Nek Teh, jadinya I asked Atie whether we can have a small party for Ilham. Nek Teh sebenarnya cari alasan nak beli cake. Jadinya, discuss sikit-sikit kat group dan malam semalam celebrate birthday kali ke 2.
 Birthday boy pakai baju Batman 😁
 Cake favourite nih - strawberry cake
 Batman buat stunt excited nak celebrate birthday
 Manja betul dengan Atok dia. Sebenarnya dia takut dengan Ayah Ngah dia!
 Lepas 5 minit baik dah dengan Ayah Ngah 😅
 Semalam memang simpan perut untuk makan malam. I masak spaghetti olio specially requested by anak comel. Lain-lain - satay dan KFC. Fuhh... heaven!
Punyalah suka kita orang nyanyi birthday song 😄
Lepas potong cake cepat-cepat semua orang serbu meja makan. Ni sambil makan sambil tengok bola Kedah vs JDT.
Lepas makan bukak hadiah. Aisey, hampir sama pulak hadiah Nek Teh, Tok Teh dan Mak Long Aliyah dengan Atie dan Izzul. Tapi katanya hari ni tukar dengan animal farm 👍
Main toy car Atok dia bagi dalam tent 
Tah apalah conversation dia dengan Mummy Ekin 😍

Alhamdulillah it was a good gathering. Insyaallah lain kali makan-makan lagi. Happy Birthday Muhammad Ilham. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang menjadi penyejuk hati Mama dan Ayah.

Comments