Skip to main content

Back to Life, Back to Reality

Demam Jeju sudah berakhir. Tapi rasa nak travel tu membara je 😎. Anak comel bersungguh-sungguh nak ajak travel cuti semester dia tahun depan. Nanti Mommy kumpul duit dulu ya 😅. Sementara nak menunggu tahun depan, achik-achik travel ajak bercuti dekat ni saja. Insyaallah. Lagi 2 minggu.

Let's see... OKla, belum move on lagi daripada suasana nyaman Jeju. Sejak balik dah 2 kali masak stew Korea. I guna recipe stew paling simple. Alhamdulillah jadi pulak tu. Rasa hampir sama dalam 75%. Ada ingredient tak cukup iaitu kelp untuk buat broth. I guna kiub ikan bilis Knorr je. Dan cili hijau Korea yang pedas mengaum tu. Kali ke-2 I masak siap bagi sebekas kat Atie. Licin katanya 😄. Ijjul kata asam pedas Korea.
I buat chicken and tofu stew. Chili flakes yang I beli kat Crown tu memang magical. Merah terus stew ni jadinya. Letak dalam 2-3 sudu kuah jadi pekat dan pedas. Healthy meal sebab boleh je masak without oil. I tumis sikit chopped garlic with just a dash of oil. Makan ni hari-hari confirm kurus 😆.

Speaking of kurus, I completed my Samsung challenge 3 days ago. Bulan ni active sikit. Banyak jalan dan main badminton dengan anak comel. Kat Jeju pulak average steps per day dalam 12,000. Untuk BookDoc pulak, I have graduated from Bronze tier to Silver tier. Average steps per day is around 7,500. Let's see what the perks are!
Lama tak complete challenge!

I have started sewing again. Balik holiday, I siapkan blouse yang sebelum merayap dulu dah siap potong kain. Kali ni buat belakang slightly longer.
 The colour is actually much, much darker. Very satisfied with this one. Comfy cotton material.
 I also made this skirt. Ini pario yang my friend Mas bagi as souvenir dia holiday kat Bali. I love the colour. Dah setahun kot dia bagi pario ni. Nak buat blouse atau palazzo, tak berapa cukup. Finally jahit saja jadi skirt but I maintain that frills at the front. Payah juga nak jahit sebab frills tu tebal.
 Semalam ke Nagoya cari materials untuk project baru. Tak jumpa yang dicari sebenarnya. Tapi jumpa these koshibo cotton fabrics. Nampak macam OK. Insyaallah nak cuba nanti. Nagoya tengah sale sampai hujung tahun 😊.

Meantime, nak start potong kain buat kurta untuk Hubbs. Ada lebih fabric buat telekung anak comel tu nampak sesuai buat kurta. Itupun very comfy cotton fabric. Harap-harap ada lebih nak buat another blouse for myself 😆. 

Comments