Skip to main content

Jeju Trip Day 5

Itinerary for Day 5:
- Yongduam Rock
- Yeohyeon Bridge

Our last day in Jeju. How time flies. Nak balik dah?

Pagi lepas breakfast, terus selesaikan packing dan check-out. Beg semua tinggal di hotel sementara kita orang visit the last 2 places for the day. First destination - Yongduam Rock. Ianya adalah satu volcanic rock formation di tepi pantai yang katanya menyerupai kepala naga. Tapi I punyalah tengok sampai teleng-teleng kepala tak nampak mana dragon headnya. Maybe adalah sikit-sikit bila Elisa pointed out mana matanya 😅.
This is the dragon head... Such a cold morning. The night before hujan.
Last day ni ingat boleh makan octopus bakar lagi tapi tak ada jual pulak. Maka makan waffle ni. Dalamnya ada mozzarella cheese 😋. Makan waffle dalam cuaca yang sangat sejuk dan angin kuat.
Last group photo. That's Elisa on the left.

Next, Yeohyeon Bridge iaitu satu landmark yang terkenal di Jeju. Permandangan sini cantik sebab sungai tu warnanya macam biru hijau gitu dengan jambatan gantung merentasinya. 
 Last day ni memang kena pakai winter jacket. Masa ni drizzling sikit. Hujan jenis halus-halus je tu.
 Akak korang tengah ambik gambar drinking water fountain. Merata-rata ada senang nak ambik air untuk minum.
 Berlatar-belakangkan pokok yang dah togel...
Ada this group of cyclists lalu. Rasa macam best betul kayuh dalam cuaca sejuk macam tu.

Adventure ke Jeju pun berakhir. Kita orang bergerak ke airport untuk tunggu our bags sampai. Lama lah juga melepek di airport sebenarnya dari tengahari hingga jam 4 petang. As usual, queue panjang sebab group check-in tapi sangat efficient. 

What can I say, it was a fantastic 5 days in Jeju. Orang kata Jeju ni tempat yang orang pergi banyak kali ikut musim. So true. Rasa nak pergi lagi masa musim bunga dan musim sejuk. Musim panas takmo lah sebab temperature sama saja panas macam kat sini 😆. It was a good trip, among good company. Balik memang rasa energized💪. 

Insyaallah, one day...

Comments