Skip to main content

Trip to Cameron Highlands Day 3

Our last day in CH. Pagi breakfast nasi goreng yang Jay masakkan. Kawan kita orang ni memang rajin masak! Kira nasi goreng guna leftovers semalam. Lepas tu just rest di apartment sampailah time check-out. As usual, golek-golek sambil bukak kisah lama! Memang tak pernah jemu kan?

Lepas check-out kita orang ke Kampung Taman Sedia untuk makan scones kali ke-3. Kali ni kat Opah Strawberry Farm. Kat sini boleh masuk dan petik strawberries sendiri.
Our verdict - scones kat sini pun sangat sedap. Sama sedap macam di KHM tapi I lagi suka strawberry jam di KHM sebab banyak fruit chunks. Yang beza sikit, kat sini scones ada cheese dan letak strawberry kat atas. Siap tapau 2 untuk Hubbs nak kasi dia rasa scones. (Hehehe... sebab hari-hari hantar gambar makan scones kat dia!) Tu... ice cream tu... sedap sangat!
 Punya lama memetik bakul tak penuh pun...
Dapatlah dalam setengah kilo 😁
Anak comel pun enjoy petik strawberries. Dia yang tunjuk mana patut petik.
Ehemm...
Bestnya tepi rumah ada kebun sayur... 
Kalau pergi tempat sejuk mesti ada pokok bunga loceng ni. Dulu jumpa kat Bromo. Frasers pun banyak.

I really recommend Opah Strawberry Farm ni. Kakak-kakak yang kat kaunter tu punyalah cermat susun strawberries dalam bekas. Siap kata - "kena susun elok-elok supaya tak penyek. Kesian nanti datang jauh-jauh, sampai rumah buah tak elok". Masyaallah... ikhlas betul hati kakak tu.

Right after, mula beli bekalan untuk balik. Mula-mula beli jagung. I beli jagung susu yang boleh makan mentah tak payah rebus tu. Punyalah sedap... Then a short stop kat gerai tepi jalan untuk beli pucuk labu dan asparagus. Mula-mula nak singgah Kea Farm, tapi kereta dah mula banyak dan jalan mula jam, so tak jadi. Sama saja gerai tepi jalan pun banyak jual sayur dan buah. So, tak perlu sebenarnya sesak-sesak ke Kea Farm. 

Lepas tu, we headed down. Masa balik ikut jalan Simpang Pulai. Lebih jauh berbanding Tapah tapi rasa lebih selamat. Lebih lagi on the way down tu hujan. Tapi ambil masa lebih sejam juga nak turun. Singgah lunch di RnR Tapah dah dekat jam 5. Memang lapar...
Lepas perut kenyang perjalanan pun disambung. Jay bukak lagu-lagu rock kapak zaman sekolah dulu. Hehehee... kita orang menyanyi layan Ies driving. Maka keluarlah cerita-cerita lama masa minat dengan groups Search, Wings, Gersang... Adehhh... banyak rahsia keluar! Ada jugak kelas Bahasa Malaysia masa ni sebab lagu-lagu rock kapak dulu lirik punyalah puitis. Maklumlah, yang review tu Pensyarah Bahasa Malaysia... 😆

We reached Puchong around 9.00pm. Turunkan Jay. Lepas tu Ies turunkan anak comel and I di Petronas opposite De Centrum. Hubbs dah sedia menunggu. Sampai rumah dah jam 10 lebih. Jauh dan lama betul perjalanan. But it was so much fun 😁. Alhamdulillah diizinkan dapat travel dengan kawan-kawan sekali lagi. 

Next? Insyaallah CNY next year. Kena kumpul duit ni...

Comments