Skip to main content

Another Small Gathering

Cukup best ada kawan yang rajin host small gatherings. Jauh pun tetap pergi 😍. Semalam lunch di rumah Mas di Alam Impian. Sebenarnya dia open order peria crispy. Lepas tu open order nasi ambeng pulak. I kalau sebut nasi ambeng Warung Ibu ni memang berpinar mata. Terus angkat tangan order 2 bungkus.

Angkut anak comel sekali, terus ke rumah Mas dalam jam 11. Lambat sikit sebab siapkan satu helai seluar yang Mas order untuk anak dia. 
 Alhamdulillah sempat siap seluar ni in less than 1 day. Sebenarnya boleh saja tapi selalu procrastinate!
Ini lah yang dikejar untuk sarapan. Nasi ambeng hidangan lunch. Ini namanya Punten makan dengan sambal hijau ikan bilis. Rasa dia? Sedappppp 😋 
 Ini geng yang hadir
 Makan tak hengat!
 Ada sesi membawang sambil makan tapai ubi 😆

 I dapat souvenirs daripada kawan-kawan yang merayap hujung tahun. Mas kasi fridge magnet dan sudip kayu dari Bali. Ies pun bagi benda yang sama - fridge magnet dan sudip kayu tapi dari Balkan. Dia mengembara 7 negara Balkan baru balik hari Jumaat lepas. Dia orang ni semua tau I suka sudip kayu 😁! Now I have sudip beli kat Surabaya, dan sudip souvenir dari Istanbul, Bali dan Balkan. International gitu. Kalau masak tak sedap tak tau lah!
Fridge magnet hadiah dari kawan-kawan tepek kat oven sebab fridge I tak leh lekat magnet!

Insyaallah Rabu ni nak merayap dengan the usuals. Semoga cuaca baik-baik saja.
Dah beli barang buat bekal 😎

Comments