Skip to main content

This and That

Malam tadi, after dinner with Hubbs and while waiting for Aliyah to finish her tuition, singgah sekejap rumah my Angah jumpa Baby Ilham. Sebenarnya dapat jemputan makan birthday cake Atie 🍰. Ada alasan nak jumpa baby yang dengar ceritanya berat dia sekarang 5kg. I belum lagi dukung dia. Takut weh nampak macam kecik sangat. Dah sebulan ni baru berani😍.
Ilham nak Nek Teh nyanyi lagu apa? Hehe... rasa macam nak gigit pipi dia!

I forgot to update about Samsung Global Challenge untuk November. Ala... dapat tempat corot. Memang tak exercise langsung the whole month. Sekarang tengah join December challenge. Sama saja nampaknya. Tapi rasanya macam better than last month.
Tempat ke 754,750 daripada lebih sejuta participants. OK lah kan😅. At least berjaya walk lebih separuh daripada target. Hubbs jauh di depan. Dia memang banyak berjalan on the way pergi kerja.

Lain-lain kejadian di sekitar rumah:
Ada lagi sebiji kambas comel. Yang hari tu macam stagnant tak nak membesar. Hopefully dapat makan yang ni!
I ni bukan sahaja tak nampak orang, malah barang pun selalu tak perasan. Small things I appreciate😍... Kadang-kadang rezeki datang dalam bentuk duit yang diselit di celah beg untuk buat belanja makan dan barang dapur. Tak sure bila Hubbs selit duit ni. Tau-tau je duit tu dah jatuh atas lantai. Ada sekali tu dekat 3 hari kot I tak perasan sampai Hubbs kena bagitau😂.

Comments