Skip to main content

Take a Break Sekejap

Am taking a break from work sekejap. Adehh... pening. Ni belum start sakit belakang lagi nih! Just some photos stored in my Google Photo masa aktiviti jalan-jalan ke KL Khamis lepas.
 My trusted Skechers. Such a good investment. I bought this pair about 2 years ago rasanya. Bila try terus jatuh cinta. Such comfort. I ni kalau beli kasut sangat fussy. Comfort is the utmost importance. Kaki kena jaga. Lagi-lagi I jenis banyak berjalan. I jarang beli kasut. Tapi sekali beli kena spend lah. Kasut ni dah pergi merata tempat. Dah pernah pusing Ho Chi Minh City dan Surabaya hingga ke Gunung Bromo. In fact, semua acara jalan-jalan dengan achik-achik geng travel memang pakai kasut ni. Kalau merayap ke shopping complex, especially yang besar macam IOI City pun pakai ni. Tapi sekarang tapak dah haus😅. Macam about time nak kena ganti...  
Ada satu secret tentang pengalaman semasa perform 1987 dulu. Dari jam 6 pagi dah ready di tempat masing-masing dan terpaksa berdiri sehingga tetamu kehormat tiba. Pukul 7.55 pagi jam tu berhenti. Asal tengok jam asyik pukul 7.55 saja. Kaki dah lenguh, masing-masing dah restless. Kami tak dibenarkan bergerak ke mana-mana. Lama juga jam tu berhenti. Tiba-tiba jarum jam bergerak pantas ke pukul 8 dan terus jam berbunyi 8 kali. Ohhh... VVIP telah tiba. Maka acara pun bermula...😅
Dulu tiang bendera ni tak ada. Dataran Merdeka nama asalnya Padang Kelab Selangor. Beberapa tahun lepas kami perform, padang ni ditutup sementara untuk renovation. Masa tu sambutan Hari Kebangsaan dibuat di tempat lain. Bawah padang ni dibina shopping area, tepi belah kiri pentas dan tiang bendera ni. Belah kanan dibina air pancut. Sekarang padang nampak lebih kecil tapi lebih cantik.
Hasil belian di kedai jade. Anak comel minat dengan amethyst ni. RM23 saja. Ok lah tu. Mommy anak comel bukan jenis beli barang kemas untuk anak. 

Comments