Skip to main content

Langkawi Trip - Day 4

Finally last day... Sebab semalam agak penat, keluar breakfast dengan Jay & Ies dulu. Anak comel flat pada hari ke-4. Macam mana ni? Tak boleh keep up dengan energy mak dan aunty-aunty? Untuk breakfast, merayau-rayau saja cari tempat makan sebab di tepi-tepi jalan memang banyak je gerai. Since Jay perasan ada gerai yang banyak jual nasi lemak dan kuih di tepi Petronas Kedawang, ke sana dulu untuk tapau nasi lemak dan kuih. Lepas tu singgah di satu gerai tepi jalan yang di belakangnya ada sawah padi.
Sedap nasi lemak sini. Lauk walaupun tak banyak sangat tapi sedapppp... Udara pun segar... Abaikan aksi mulut senget itu :)

Lepas tu balik bilik, kemas-kemas dan check out. Our flight was at 6.05pm, so banyak masa nak merayau lagi. Next destination - Beras Terbakar Padang Matsirat. Seronok jugak pergi tempat-tempat bersejarah ni. 
Siap cerita kat Aliyah sejarah tempat ni. Anak comel aku ni angguk-angguk je.

Schedule hari ni sebenarnya free and easy. Siapa ada idea bagitau. Teringat Jay ada cerita di Langkawi ada Buffalo Park tempat buat mozzarella cheese. Jadinya, kita orang ke sana. Tak jauh sangat dari Padang Matsirat.

Quite a nice visit. Tapi dia orang tak buat mozzarella cheese hari-hari. So, we missed that. Tapi dapat rasa susu kerbau fresh. Hmm... ok la jugak. Very creamy. Aktiviti di sini - kalau hari buat cheese boleh lah tengok. Selain tu pergi bagi kerbau makan. Besar-besar kerbau di situ!
 Ies & Jay tengah pilih anak angkat. Hehehe...
 Ambik gambar kat sini pun cantik. Sebelah ada ladang getah. Lupa lak. On 19th tu birthday anak comel ni. Happy 15th birthday Aliyah!
Di situ ada cafe yang serve dishes yang dibuat daripada mozzarella cheese. We actually sat and had 3 dishes. Boleh la... I mean, I expected rasa sangat rich dan creamy but actually not so. Bila rasa macam makan telur putih rebus pulak. But the end taste baru rasa richness and freshness. Sedap!

Next, sebelum ke airport, nak singgah beach dulu. We headed to Pantai Tanjung Rhu. Ini ada sedikit adventure. Jay ikut Google Map, so ada lah short cut ikut jalan kampung. Sampai satu jambatan dekat Jabatan Pengairan & Saliran, we saw that the bridge was under water. Tapi pelik sangat kenapa Google Map suruh go straight. 
 Mana boleh cross ni...
Bila nak patah balik, nampak kereta dan motor lalu. Siap ada satu makcik ni ajak cross. "Mai la, mai la...". Oooo... boleh lalu ye?
So, kita orang pun lalu juga... Suspen juga sebab air agak laju.

Akhirnya sampai juga ke Pantai Tanjung Rhu. Cantik sangat pantainya. Nampak banyak pulau-pulau kecik di sekeliling.
 Masa ni drizzling. Dekat sini ada jeti untuk ke Kilim GeoPark.

Sebelum pulangkan kereta, we had lunch di tepi airport. Pasemboq lagi! Aunty-aunty yang baik hati bagi Aliyah hadiah seluar beach dan belikan cupcake. Sorry lah aunty-aunty sekelian... anak comel flat penat ikut aunty-aunty yang banyak energy sampai nak senyum pun dah tak berdaya. Tu lah... selalu ajak ikut aunty-aunty pergi hiking dia tak nak!
Birthday cupcake Aliyah :)

Itulah cerita 4 hari 3 malam kita orang di Langkawi. Walaupun hujan trip tetap fun :)
Bye Langkawi. Definitely kena pergi lagi!

Comments