Skip to main content

Langkawi Trip - Day 2

Hari ke-2 hujan turun renyai-renyai. Tapi kami tetap keluar. We started the day with awesome breakfast. The kind of breakfast yang jarang jumpa belah Selangor ni - gerai yang penuh dengan berbagai jenis nasi lemak bungkus harga RM1.00 sahaja. Pilihlah nak lauk apa.
 Punyalah banyak jenis nasi lemak dan kuih-muih. Very cheap dan sedap. If you wish for a hearty breakfast that can last you till lunch hour, this is the place. Location: opposite Fave Hotel near Pantai Cenang.

Lepas kenyang, gerak ke SkyCab. Nak naik cable car di Gunung Machincang.
Isi minyak dulu... tapi tombol nak buka tempat isi minyak dah patah. Ramai juga abam-abam yang sudi tolong. Kikiki...

Cuaca masih hujan. Sekejap lebat, sekejap renyai. Tapi redah saja. Nampak dari jauh kabus tebal. We bought basic tickets untuk naik SkyCab dan tengok shows SkyDome dan SkyRex. Now, here's where our adventure began. Naik SkyCab dalam hujan dan angin. Fuhh... experience yang tak boleh lupa!
 Masa naik OK lagi :)
 Dekat atas kabus tebal.
 Macam kat Genting pulak!
 Nak kasi lebih adventure, naik SkyGlide untuk ke SkyBridge. Kalau rajin boleh je jalan kaki naik ke atas tu. Tiket untuk SkyGlide tak termasuk pakej basic tadi.
Sampai saja di SkyBridge tiba-tiba hujan turun. Angin pulak kuat.
Kuat betul sampai boleh terbang! Ok, satu aksi lakonan sahaja :). Tapi serious, weather masa tu memang agak mengecutkan perut. Bila jalan di SkyBridge masa angin kuat tu rasa gayat. Jalan pun macam robot. Keras je!
Cubaan untuk senyum bila suasana di belakang tu macam ribut taufan. But it was such an amazing experience.

Selesai di SkyCab, we went for lunch. Sorry lah, akak dah lupa nama kedai. Tapi lauk sangat banyak. Next, shopping segala minyak gamat dan yang sewaktu dengannya di Sireh Legenda. Bila tengok macam-macam produk gamat memang rasa nak beli semua! Lepas tu sambung lagi shopping di HIG pulak. Barang wajib beli - chocolates dan kain batik. Boleh la kalau beg ada space beli periuk belanga dan pinggan mangkuk :). I didn't plan to buy any of those stuff tapi terjebak juga beli fork and spoon set yang berat dan siap ada ukiran gold tu. Very cheap!

Malam pulak - dinner shell out. We went to the one, which we think was new, at Pantai Cenang. Sebab orang tak berapa ada. Tapi food tetap superb dan fresh :).
Shell out ni dekat Dhania Motel. Masa kita orang sampai, ada satu meja penuh dengan foreigners saja. 
 Lambakan seafood. Satu spicy sauce, lagi satu butter sauce. Nampak macam tak akan habis. Tapi habisss... jugak. Siap order lagi satu bakul sotong goreng tepung :).

Comments