Skip to main content

Kerja Keras

The project I'm currently doing is now at UAT stage. Dah masuk kali ke 4 dah ni. Final katanya. Tapi tak final pun. Ada je yang tak kena. Elok-elok test semua OK, bila user test jumpa pulak benda lain. Dugaan betul. Minggu ni memang really tied-up. Isnin buat report from home, Selasa-Rabu stationed at Bangsar South office buat walk-through. Selasa tu sampai rumah ngam-ngam ada 10 minutes to sit down before going out again to fetch Aliyah from school. On days yang I had to work late Aliyah will stay back at school. Bagus juga sebab ada kawan dia yang stay back every day to study.

Rabu pulak got stuck in the jam for 1.5 hours at Sungai Besi on the way to office. Perjalanan selalunya 30-40 minutes. Petang baru dapat tahu rupanya ada kes orang kena tembak. Patutla ada ambulance dan polis. Teruk betul sekarang kan? Asal jealous je tembak. Anyway, lepas siap kerja di office balik sambung lagi kat rumah sampai jauh malam. Semalam was the UAT day. Masa buat UAT script dah budget sure habis dalam 3pm latest. Tidak menjadi kenyataan. Dah lah naik komuter. Habis jam 3.45pm. I was practically running to the station. Rasa-rasa ada train around 4pm. Tapi tak sure 3.50pm ke... 4.10pm ke... Apparently it was 4.05pm. Alhamdulillah sempat naik. Dalam train doa semoga Aliyah stay put dan bertabah hati tunggu Mommy balik. Finally 5.15pm jemput dia kat sekolah.

Bila time macam ni memang rasa agak susah jadi "singular" ni (ikut kata Ustaz Syamsul Debat!). Tapi kenalah redha kan. Banyak-banyak doa semoga Allah permudahkan urusan. Tapi semalam macam minggu lepas - energy level depleted ke tahap minimum. Lepas saja buka, solat, terus baring dan tidur. Terjaga jam 10, lelap balik sampai lah jam 5 untuk sahur. Rasanya dah bertahun-tahun tak tidur straight 6-7 jam. That was such a good rest.

Hari ni ingatkan nak cuti tapi ada jugak kerja. Macam mana pun, lepas Asar nak keluar dengan Aliyah. Lepas tu pergi KLIA buka puasa sementara tunggu Hubbs touch down :). Insyaallah...

Comments