Skip to main content

Nak Untung Kena Cara Halal, Astro!

Rezeki kena datang dengan cara yang halal. Itu pegangan orang Islam. Biar tak kaya, asalkan rezeki yang dibawa balik tu halal. Oleh itu, please avoid working at places yang agak-agak boleh menukar duit gaji yang diterima setiap bulan dari halal menjadi haram. One unsatisfied customer can make a whole lot of difference. That's what I believe lah. Betul atau tidak teori ni, terpulanglah.

Hari ni I called Astro untuk reduce the subscription package for my late father's house. It's under my name. My own Astro account I dah lama suspend. My father dulu walaupun dia bukan tengok semua channel yang dia subscribe, tapi dia tetap tak nak reduce untuk anak cucu tengok. Sekarang ni we are trying to minimize expenses for the house. My second sister yang sekarang duduk situ kata, dia cuma nak basic package ie Family Package dan Mustika Package. Yang lain dia tak tengok.

So, I pun call Astro. Dah lah seperti biasa kena tunggu lama kan. Buang duit telefon je. Many times I wonder, yang dok suruh kita awal-awal pilih nombor itu ini untuk dapatkan servis yang kita nak tu, sebenarnya tak berguna langsung. Pernah I call, dah tekan 1 sebab suara yang lunak tu kata: "Untuk bercakap di dalam Bahasa Malaysia, sila tekan 1", tapi kena bercakap dengan customer service officer bangsa Cina yang tak pandai cakap Melayu. What the... kan? 

Anyway, bila dah dapat bercakap dengan customer service officer 10 minit kemudian (mahal bil telefon aku bulan ni!), I pun bagi details dan cakap yang I nak reduce package. Yang sekarang ni segala Sports, Movies, semua ada. I nak basic dan Mustika sahaja. Dia pun check dan kata, "Maaf ya, kalau Puan reduce package dari RM155 tu, yang Puan pilih ni tak sampai RM70, jadi tak boleh. Kena tambah package sampai minima RM70". 

Me: Sebab apa tak boleh? 
Astro: Memang tak boleh. 
Me: Saya ni ada contract ke sampai tak boleh nak reduce paling minima? 
Astro: Tak ada contract. 
Me: Habis tu, reasonnya apa? 
Astro: Kat sini tak boleh. 
Me: Tak adil lah untuk saya sebab saya nak tengok dua tu je. 
Astro: Tak boleh reduce kurang dari RM70. 
Me: Ye la, sebab apa tak boleh? Sistem ke?
Astro: Err... tak boleh. 

Adoii... I can play this game till you drop OK. But then, I am very much aware that I was the one who called and the bill is on me. Oleh itu, dengan beristighfar banyak-banyak dan dengan rasa yang tidak redha, I told him, awak tambahlah sampai cukup RM70. Dia pun tambah punya tambah dapat RM75. Then, I had to wait 5 minutes for him to activate. 

I really feel this is not fair. Whatever the reason might be. I would have terminated the account if there was another alternative for my sister. Ikut hati memang nak sangat terminate but then it would not be fair for my sister. Ye la kan, nanti dia nak tengok apa?

Nak untung pun agak-agaklah kan. Since Astro forced me to subscribe channels yang tidak akan ditonton, I believe itu dah kira ambil duit orang dengan cara tidak halal. Maybe tak banyak, tapi still - tak halal.

Comments