Skip to main content

Packed Day

Semalam hari yang sangat packed, especially for anak comel. The day started early and our activities ended at almost midnight. Sebab semalam dah keluar dan buat macam-macam, hari ni melepek saja di rumah 😅.

Jam 7 pagi dah keluar rumah. Hantar anak comel ke sekolah dulu untuk graduation day dia. Tahun ni buat di sekolah saja. Parents boleh datang tapi anak comel tak bagi! Oklah, dia nak spend time dengan kawan-kawan dia. Apparently tak ramai pun parents yang datang.
Ini saja gambar yang sempat ambil di rumah sebab kelam-kabut dah lambat! Very nice baju kurung we bought at Bangi Gateway. Harga pun sangat below expectation 😊.
With her classmates. Semoga anak-anak ni semua akan dapat keputusan cemerlang untuk SPM nanti InsyaAllah. Doakan ya.

Lepas drop off anak comel, Hubbs and I rushed to KLIA untuk hantar our nephew Abang Hakeem pulak. Last month was his sister Nadheerah, dia pulak ke Southampton, UK. Alhamdulillah sempat jumpa dalam setengah jam sebelum dia boarding.
Hakeem ni memang tinggi mengalah. Good luck! Semoga dia berjaya di sana. 2 tahun juga tu.
Lepas send off Hakeem, singgah Food Garden untuk breakfast pulak. Ada pulak bawak bekal kek old school dalam loyang lagi 😁. Sedap!

Right after we shot off ke rumah Angah Mas pulak. Sejak dia balik Haji belum ziarah lagi. Apparently yang lain pun belum! So, pergi ramai-ramai. Alhamdulillah Angah Mas dan Azman sihat walaupun batuk-batuk tu tak hilang lagi. Siap dapat souvenir dari tanah suci lagi. Seronok dengar pengalaman Haji dia orang sambil makan-makan (lagi!). Pengajaran paling penting yang dapat dari Angah Mas - di sana fikiran dan hati kena kosongkan (even dalam hati!), dan banyakkan sabar. Nor, Siti and I exchanged looks sambil tersengih - "dalam hati pun?". Tapi Ya Allah... teringin sangat nak dapat jemputan ke sana... I minta tolong doakan boleh?

Next - a short stop at IOI City Mall pulak. Hubbs beli seluar last week dan nak kena ada repair sikit. Sementara tunggu siap pusing-pusing kejap. Tak sampai setengah jam anak comel call bagitau dia nak balik rumah dalam 2pm. Plan asalnya ialah nak dating berdua sampai petang kat sana sebab lepas event di sekolah, anak comel dapat our permission to go catch a movie dengan kawan-kawan dia. Dah kena rush balik fetch dia pulak. Nasib baik masing-masing dah kenyang 😅.

At around 3pm, anak comel dan kawan-kawan dia shoot off to IOI City Mall (tak ada tempat lain kan😏?) chaperoned by the mother of one of the girls. We just stayed home sebab lepas Maghrib ada jemputan makan kenduri doa selamat pulak. Yang ni tak boleh nak miss pergi sebab 1) dah janji dengan akak neighbour rumah depan 2) kenduri ni Hj Ibrahim caterer yang terkenal dengan masakan yang sedap! So, malam makan lagi! Alhamdulillah...

But the day is not over yet! Lepas balik kenduri dan tunggu anak comel sampai rumah lepas her outing, kita orang ke Mesa Mall pulak. Setelah tiada aktiviti selama berminggu-minggu, Grup Sukan Malam ada game bowling. Sampai sana dekat jam 10pm, terus dapat lane dan terus membaling. Mula-mula I tak nak main sebab lutut tak berapa OK. Tapi since Izzul dah bayar, redah saja lah! 
First game corot, 2nd game berjaya menaikkan diri ke tempat ke 5 💪.
Grup Sukan Malam dengan ahli paling junior yang masih bertahan walaupun jam dah 11.30 malam😍. Next activity, yang entah bila tak tau lagi, main badminton pulak!

Comments