Skip to main content

Habiskan Balance KK Budget

Budget untuk makan trip ke KK hari tu ada balance. Maklumlah, last day kat sana kan semua orang sakit perut 😅. Tak da siapa selera nak makan. Jadinya semalam kita orang berempat met up untuk habiskan balance duit tu. Sekali dengan celebrate birthday Jay. Location - IOI Mall Puchong. Plannya memang makan saja. Sebab tau dah, kalau makan pun dah berjam-jam. Tak payah susah-susah plan aktiviti lain!
Akhirnya landing di Seoul Garden 😋

Mula jumpa dalam jam 12 tengahari. Pot-pet-pot-pet sampailah jam 3.30 petang. Nasib baiklah duduk Seoul Garden tu makan buffet lunch. Kalau tak memang dah kena halau agaknya!
Dah last-last tu Jay ambik pepahat dan satu siput ni yang agak besar 🐌. Nak korek isi keluar pun seksa! (I tanya Jay - kau dah check ke siput ni spesis amfibia ke reptilia😁?)

Outcome of the meet-up - nak kena kumpul duit. Ada tempat best yang Jay suggest untuk pergi hujung tahun depan. Yeayyy... tempat tu memang I teringin nak pergi. OK, pikir mana nak korek duit ni?

Malam tu anak comel tanya - Mommy buat apa dengan kawan-kawan hari ni? I said - let's see... sampai IOI Mall jam 12. Pergi Seoul Garden. Makan. Borak-borak. Jam 3.30 keluar dari Seoul Garden, we said goodbyes dan balik. Tak pergi shopping ke, jalan-jalan tempat lain? Nope! Tak sempat! 😁

Comments