Skip to main content

Final Sports Day

Semalam seawal jam 7 pagi hantar anak comel dan kawan dia ke Kompleks Sukan USIM. It's her last sports day being a secondary school student. Alahai... Mommy dia sebenarnya rasa agak sebak walaupun anak comel memang tak ada rasa apalah kan😅. I ambil one day off from my usual morning routine to spend the morning attending the sports day. Duduk pun di tempat students sebab kalau naik di grand stand tempat parents takut nak balik awal segan pulak. Dah lah sorang-sorang 😔.

Anak comel seemed to enjoy herself very much. I told her many, many times before - just participate in anything that you can get yourself involved in. It's your last year with the school. You will cherish those memories for the rest of your life.

I stayed on till 9.30am. Right until the last house made its performance. Lepas tu I went home 😆. It was so hot!
 Pembawa sepanduk dan bunga manggar rumah merah 😀. Itu baju kurung Mak Ngah Ros dia.
 Kalut ke sana ke mari sebelum mula!
 Rumah harimau tapi tahun ni tema serangga. So, maskot tahun ni ladybird. Comel! Itulah costume yang dia orang dok kerjakan selama 2 hari. Yang bonggol tu tudung saji. Creative 👍.
Rumah merah ni berjaya menang 1st place persembahan perbarisan 👍. Anak comel kata habis cikgu semua pakat datang ambil gambar. Errr... macam artis dah 😂!
Sebelum mula tu ada la pulak mesin potong rumput ni tengah buat kerja. Aissshhhh... I was so so worried. Nampak cikgu-cikgu pun tak senang duduk. Banyak kali ada announcement suruh pelajar berhati-hati. Bila dah nak mula perbarisan, ada cikgu pergi minta stop kerja potong rumput. Dua kali juga driver mesin ni angkat tangan tapi terus buat kerja. I think USIM ni dah bagi orang sewa stadium dia patut pastikan tak ada kerja maintenance by contractors. Very dangerous 😡.

Hari ni sekolah cuti sempena sukan semalam. Tengahari bawak anak comel lunch di IOI City kejap. Kasilah reward atas her hardwork kan... Rezeki dia hari ni queue di K Fry agak pendek. So, dapatlah makan setelah banyak kali melepas!
Lamanya tak makan K Fry. Their chicken bumbuk yang salut cheese tu memang awesome! Chicken wings pun yummy! Masa mula bukak dulu kita orang pergi tak payah queue pun 😎. Sekarang ni kalau weekends - sampai kat Padini tu punya panjang dia punya line!

Comments