Skip to main content

Iqra', Perintah Pertama

Semalam baca di FB Ustaz Asraff dia akan muncul di TV9 pagi tadi. Sempat jugalah tengok sikit-sikit in between siapkan macam-macam benda waktu pagi dan hantar anak comel ke sekolah. Tajuk pagi tadi - Iqra', Perintah Pertama.

I nak share apa yang sempat tengok tadi. Ustaz dapat soalan - kenapa perintah pertama daripada Allah swt ialah Iqra' (bacalah)? Kenapa bukan solat? Kenapa bukan puasa? Kenapa bukan haji? Logik jugak kan?

Jawapan Ustaz - sebab kalau kita nak laksanakan semua perintah Allah swt yang lain-lain tu, kita kena ada ILMU. Untuk dapatkan ILMU, kita kena baca. Terutama sekali baca Al Quran. Masyaallah... penjelasan yang simple tapi padat.

So, I nak promote sikit program Ustaz Asraff ni. Ustaz ni bila explain sangat senang faham dan at the same time, he's really funny. Tapi funny yang berisi lah kan. Seminar Tajwid dia memang thumbs up. Ni tengah cari masa kot boleh pergi sekali lagi untuk revision.

Untuk persiapan Ramadan tahun ni, bagus sangat kalau dapat pergi Seminar Tajwid dia. Sila tengok message dia bawah ni ya.

-----------------

ALHAMDULILLAH, TARIKH PILIHAN RAYA TAK KENA HARI SEMINAR TAJWID LUARBIASA

Assalamualaikum wbh,
Tuan & Puan yang dihormati,

Saya ingin kongsi 2 perkara kepada anda semua.

*Pertama*
Tarikh pilihan raya tidak jatuh pada hari Seminar Tajwid Luarbiasa (24 & 25 Mac / 31 Mac & 1 April)

Kami sebenarnya amat berdebar menunggu tarikh untuk pilihan raya tahun 2018. Alhamdulillah, kini insyaallah, 99% dah confirm pilihanraya tidak akan jatuh pada tarikh seminar. Anda boleh maklumkan kepada rakan/sahabat yang ingin sertai seminar tapi khuwatir tarikhnya jatuh pd hari pilihanraya agar usah bimbang, ia tidak bertembung.

Kini mereka boleh hadiri Seminar Tajwid Luarbiasa (seat dah tak banyak) pada tarikh dan lokasi berikut :

1. *Tarikh : 24 & 25 Mac (Sabtu & Ahad)*
Lokasi : Dewan Auditorium Dato' Yahaya Ahmad, Bangunan nombor 5, Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2, Sirim, Shah Alam.

2. *Tarikh : 31 Mac & 1 April (Sabtu & Ahad)*
Lokasi : Dewan Bestari (DK 43.101), Institut Islam Hadhari, bersebelahan Fakulti Pendidikan, UKM Bangi, Selangor.

Untuk mendaftar, boleh layari: Daftar Seminar Tajwid

*Kedua*
Jika terlepas seminar kali ini, anda perlu tunggu hingga hujung tahun untuk sertai.

Lambatnya lagi ustaz ?
Ya benar, seminar Tajwid Luarbiasa untuk edisi Lembah Klang akan diadakan seterusnya pada hujung tahun 2018. Maknanya agak lambat lagi jika anda ingin menunggu. Ini kerana jadual ustaz agak padat dengan seminar TLB di negeri lain pula.

Maka seminar di Bangi & Shah Alam pada bulan Mac ini amat sesuai bagi mereka yang menetap sekitar Lembah Klang yang ingin membuat persediaan agar bacaan lebih lancar untuk bulan Ramadhan nanti (tinggal 2 bulan sahaja lagi).

Sekiranya ada rakan-rakan anda yang berminat ingin sertai Seminar Tajwid Luarbiasa bulan Mac ini, mereka boleh layari -- Seminar Tajwid Luarbiasa

Terima kasih,

Ikhlas,
Team Furqanworks.

Comments