Skip to main content

Let Them Grow

Musim hujan sekarang buat pokok-pokok riang gembira. Yang mana dulu kurus kering, nak cabut sayang sebab daun-daun ada lagi, sekarang dah segar balik. Cuma yang tak best ialah weeds. Cabut hari ni, lusa dah naik balik.
 Pokok cili akar ni antara yang orang panggil hidup segan mati tak mahu. Sekarang ni siap berbunga dan berbuah lagi :). Tapi cili ni jenis yang tak berapa pedas. Tengah semai pokok cili api kat sebelah tu. Dan untuk kali yang entah ke berapa - tengah cuba nak tanam serai semula. Yang dulu besar-besar kat luar rumah dah pupus. Yang kat dalam ni selalu "accidentally" diracun oleh Hubbs. Siap kepung dengan batu-bata ni ha.
More cili api plants. Dan pokok tomato. Hopefully menjadi. Selalunya akan diattack oleh those little white bugs. Belalai gajah macam lambat sikit nak naik. Tapi selalu ambik buat ulam. Plants semua tanam dalam pasu yang harapan tipis. Either pecah, sompek, brittle sampai dah nak berderai. Tak apa. Guna je.
Another corner bawah pokok pisang. Pokok daun kesum tu pun dulu pernah mati masa musim panas. Tapi mungkin akar masih OK. Musim hujan ni tiba-tiba naik balik. Dah 2 kali snip off buat masak asam pedas :).

Comments