Skip to main content

10 Things We Did in Vietnam

I'm listing 10 things we did in Vietnam. We didn't go sightseeing tu semua. Semata-mata shopping. Ok, I teman Linda shopping mainly. In the end, bag I cuma 18kg saja. Saja je bawak beg kecik supaya tak buang duit! Kat sini I bagi guide sikit ye untuk mereka yang nak travel ke Vietnam.

Travel Guide / Tips Shopping Vietnam:

1) Pasar malam start dalam jam 7mlm sampai mid night. Despite what people say - jadilah pelanggan pertama supaya dapat harga murah - tak payah lah. Kalau nak pegi pasar malam, dalam jam 8mlm ke atas baru sesuai. Bukan apa, suasana agak bahaya. We walked around the area at the time when the sellers started to arrange their goods. Havoc gila. Dengan tarik khemah guna motor bersimpang-siur. Besi khemah tu tercacak je... Fuh! Seriau... Seriously bahaya. Tak apa, kalau membeli bargain saja. Asalkan selamat!

2) Kalau nak beli jeans, sila lah ke gerai Lyna di pasar malam Ben Thanh. Cantik orangnya :)

3) Kalau nak beli telekung, tudung, jubah, boleh try Rohani Collection. Harga wholesale. Memang murah. Kedai pun aircond. Best je berlingkar atas lantai!

4) Kalau nak Prada lace dan Vietnam silk, gerai 323 warna pink dalam Cho Ben Thanh sangat memuaskan hati. Jahitan baju pun agak cantik. Kalau tempah pagi, malam pun dah boleh siap.

5) Malaysia street banyak small shops jual tudung, telekung dan jubah. Ada murah ada mahal. Boleh la try tanya. Ada satu gerai kecik saja tapi boleh naik atas untuk tengok lagi banyak options. Perempuan Melayu Champa. Berdepan dengan kedai makan yang dulu Warung 1Malaysia. Sekarang dah tukar nama.

Oh ya, kalau plan nak shopping banyak tu sila lah book hotel dekat area ni. Banyak hotel murah / affordable dekat Malaysia street / Cho Ben Thanh. Tapi kan, boleh je mintak kedai tolong hantar kan. Dia orang akan hantar naik motor.

6) Kopi Vietnam sangatlah delicious. Sehari dekat 2-3 kali beli kopi! Sedapppp... Sila bayar guna RM ya sebab murah sikit.

7) Sederet dengan Rohani Collection ada satu kedai Minh Collection. Bukan Islam tapi jual segala tudung, jubah (perempuan & lelaki punya), telekung. Jubah situ of good quality dan murah. Beli untuk pakai sendiri memang OK. Bukan harga wholesale.

8) Kalau nak beli kain cotton pasang, boleh beli kat dalam Cho Ben Thanh gerai 480 - Thuy Doc. Walaupun owner tak lah friendly sangat, tapi kain cotton paling murah kat situ.

9) Beg murah banyak kat pasar malam. Siap ada longgok sale lagi. Tapi mostly quality tak lah bagus sangat. Jahitan pun senget-benget. Personally, I prefer bags di Saigon Square. Mahal sikit dari Ben Thanh tapi yang penting quality lagi bagus.

10) Paling penting ni! Make sure you don't exceed your allocated baggage. Kalau agak-agak nak beli banyak, make sure tambah baggage siap-siap. Ingat AirAsia ada belas kasihan? For safety purposes jugak. Kau tiba-tiba datang bawak dua kali ganda barang, mau tak berat kapal terbang tu nanti? Lagi satu, barang bertimbun siap sedia lah nak berdepan dengan Kastam Malaysia. Boleh lah berlakon bagai. Yang penting, I ikut cakap Jay. Bila dah pick up baggage, I tak kenal sapa-sapa dah. Jalan terus! Hehehe...

Kalau plan nak travel ke Vietnam, apa kata cuba compare harga tiket kapalterbang / flight ticket dengan Airpaz. Airpaz akan suggest tiket paling murah.

Last minit nak travel ke Vietnam? No worries. Guna Hotel Quickly! Memang khas untuk yang last minute baru kelam-kabut nak cari hotel😊!

Comments