Skip to main content

Rakyat Jelata Sila Berjimat Cermat

I watched Khutbah Jumaat today. The sermon is about jimat cermat. Jangan berbelanja melebihi keperluan. Belanja secara sederhana. Belanja secara berhemah. Bank Negara kata hutang isi rumah tinggi.

Such irony! Laporan Audit kata kerajaan banyak spend duit rakyat secara tidak berhemah. Since dah banyak sangat debated on FB and Twitter, tak payah lah nak point out kan? When I watched the sermon, I thought, orang-orang Gomen yang bertanggungjawab membelanja duit rakyat secara tak hemah tu patut kena duduk dengar apa Iman tu cakap. Rakyat Malaysia ni dah cukup berjimat cermat rasanya. Kalau tak mampu dan tak perlu memang tak beli. Tapi duit orang/duit Gomen/duit rakyat tak pandai nak jimat cermat. I bukan lah suruh letak dalam almari cermin macam orang dulu-dulu suka tayang pinggan mangkuk tu. Tapi, kalau beli jam dinding sampai harga beribu-ribu, melampau lah kan.

Pagi tadi masa keluar nak fetch Aliyah from school, brader angkat sampah tengah berlari-lari dan berpeluh-peluh datang, bukak tong sampah rumah I. Bila dia angkat je sampah tu, I cakap kat dia - "Terima Kasih!". Dia senyum dan balas - "Sama-sama Kak!" dan terus berlari ke rumah depan pulak. Kerja tengah panas, angkat sampah rumah orang yang pastinya busuk. Baju dari putih dah jadi hitam. Warna kulit pun dah jadi hitam. Tapi dia sempat senyum dan balas ucapan terima kasih dari I. That was priceless.

Orang macam tu yang nak dinasihat supaya berjimat cermat? Gaji yang dia dapat dari bekerja tengah panas dan working condition yang tidak conducive tu yang kita nak nasihat supaya berjimat cermat? Gaji dia setahun belum tentu sama banyak macam gaji sebulan orang Gomen yang pegi Switzerland lawatan sambil belajar lepas tu claim RM300k expenses tu. What kind of a nation have we become? Tapi yang pasti, I lagi hormat brader angkat sampah tu dari orang-orang yang berbaju batik di hari Khamis yang I selalu terjumpa di Alamanda pada waktu yang sepatutnya bekerja. Maaf ya... I pernah beratur beli tiket wayang pukul 11.30 pagi dengan orang pakai baju batik di hari Khamis.

Yang pasti, keluarga I memang berjimat cermat in many many ways. Hari ni mungkin mampu beli ayam, esok - we never know. Tapi kena bersedia. Harap-harapnya orang yang belanja duit rakyat secara tidak berhemah tu pun bersedia juga. Mana tau kan, dunia ni ibarat roda. Hari ni kat atas seronok belanja duit yang pastinya bukan duit sendiri. Esok-esok, jatuh terduduk mungkin baru teringat pernah bermain-main dengan duit orang...

Comments