Skip to main content

Ini Minggu Komplen

Akak kat office ni stress je minggu ni. Bukan stress kerja, stress pasal orang lain. Sebabkan dah berbulan-bulan orang-orang tu buat perangai, minggu ni we all buat official complain. Dia ingat apa, company we all kecik sesuka hati nak pijak-pijak kepala we all ya. We all ni orang baik-baik tau, tapi sekali melenting siap kau.

First one, our country's main telco provider, sapa lagi kalau bukan Telekom Malaysia. Haa, akak siap tulis nama lagi, ingat we all suka dipermain-mainkan? Macam ni, since October last year akak notice bil telefon office ni ada charge TMNET 1515 padahal we all pakai Streamyx. Buat apa buat kerja bodoh gi dial-up pulak. Akak ingat si Casfian or Eza tapi diaorg memang tak pakai. Jadiknya we all complain la kat call center no 100 tu. Mati-mati budak tu kata we all yg pakai siap tau ID & password lagi. We all kata tak pakai la mangkuk, nombor tu pun we all pakai utk fax je. We all tanya boleh tak bagi history of usage that ID, si mangkuk tu kata - login je la. Penat la cakap dgn org yg tak reti nak guna otak ni. Macam mana nak login, bukan we all yg pakai. Yg best, satu hari Sabtu akak masuk office siap dpt tangkap pencuri tu tgh pakai line fax. Dengar la bunyi tiiiitttuuuttt org tgh dial-up. Hubby akak telefon 100 tu siap kasi org tu dengar dan dia pun setuju tu bunyi org tgh dial-up. Kata nak hantar technician sampai petang tak muncul.

Rupanya call centre TM ni dia bukannya rekod sgt pun apa org complain. Pasal we all every week telefon for updates dan tambah lagi cerita2 terbaru pasal pencuri tu, org tu dengar je. Dia tak masukkan dlm system pun. Last week bila we all dah naik angin baru dpt tau yg selama ni dok complain tu diaorg tak simpan pun. Diaorg cuma rekod first complain. Buat penat je. So, akak dah hantar surat complain kat TM, pas tu hantar kat KPDN&HEP pulak. Kita ni nak lah tolong TM tangkap pencuri line kan, tapi kalau diaorg sendiri tak nak ditolong, tak leh nak buat apa lah. Akak tak kira, akak nak fight jugak. Sekarang sesenang hatinya TM hantar surat bagitau tak de problem pun dan we all kena bayar jugak bil 1515 tu. Dekat RM70 lebih tu. Kalau we all yang pakai, memang we all akan bayar. Macam mana akak nak buat orang2 tu paham pun tak tau lah.

Second case, adalah satu organisasi kerajaan negeri Selangor ni yang datang training we all bulan November tahun lepas tapi tak reti nak bayar. Mamat yang jaga akaun tu mengada-ngada dan melambat-lambatkan payment. Invoice dah 2 kali hantar pakai Pos Laju dia kata tak dapat. Yang akak heran, we all dapat pulak photostate copy invoice we all tu. Maknanya sampai lah tu. Pas tu dok suruh pegi sana jumpa dia personally bagi invoice supaya payment cepat. Alah, bukan akak tak tau orang macam tu, mesti nak mintak duit punya. Dah la telefon jarang ada. Kerja Pembantu Tadbir, tapi memanjang tak de mengalahkan Pengarah. Masalahnya, Pengarah dia pun selalu ada kat office berbanding dgn dia. Akak memang angin dgn org mcm ni. Macam la we all mintak duit dia. Tadi sebab dah melampau sgt we all hantar surat complain kat boss dia. Pas tu we all nak pos surat kat Pengurus Besar organisasi dia. Pas tu akak nak buat surat hantar kat MB. Biar dia tau. Payment bukan banyak pun. RM900 jer. Kalau RM9,000 ka, RM90,000 ka, nak tenyeh-tenyeh we all tu lain la. Dia berani buat we all ya... Tak pa... Jaga kau.

Jadiknya minggu ni kerja we all mengomplen jer...

Comments