Skip to main content

These Few Days

These few days... Yang sejuk pagi-pagi, hujan petang-petang, dan sejuk malam-malam. Hasilnya, September challenge tak berjaya, October challenge pun suam-suam kuku saja ni. Tapi kan, I downloaded BookDoc app yang ada challenge juga. Sync dengan Samsung Health. Yang bagusnya, ada rewards. Bulan August I dapat bronze tier so dapatlah download vouchers Old Town White Coffee dan Secret Recipe. Tapi belum redeem lagi!. Bulan September pun bronze tier, I dapat voucher MPH. OKlah kan. Bagus tau track steps ni. Insyaallah sihat sebab exercise. Ada challenge yang buat kita usaha nak target steps. At the same time, ada juga rewards 😊.

Makan-makan wise...
Dalam tak celebrate sebab tunggu anak comel balik, malam 30th tu pergi Satay Samuri 😋

Kualiti air kat kawasan rumah kita orang ni tak bagus these few days. Macam bau chemical je. Kat Twitter punyalah ramai orang complain tapi sama saja. Setelah minum Lemonade kat Satay Samuri rasa lain macam, we decided to have our meals at the state next door - Negeri Sembilan. Itulah bagusnya duduk dekat border ni. Kalau tak ada air atau kualiti air tak bagus, boleh pergi Nilai 👍. 
Ini lunch at Ayam Salai Batang Benar. Jangan terperanjat tengok lauk banyak. Memang banyak pun! Tapi alhamdulillah gerai ni harga sangat affordable. Food pun sedap 😋!
Semalam anak comel bagitau kelas hari ni tak ada. And she has started her study week. Jadinya, petang fetch dia bawak balik for the weekend. Sempat singgah kejap kat Sungai Putat nak rasa Mango Float Royale. Yummy! Macam-macam food lain ada. We tried mee kari (itu adegan lepas rasa mee kari kena pulang balik kat abah), corn dog (punya besar dan penuh dengan cheese), baby crabs (dah lama nak try ni), keria gula melaka dan karipap. Kenyang...

Sewing wise...
 Berjaya menyiapkan satu lagi batik patchwork tote bag.
Projek baru guna overlock machine. Seluar siapakah?

Hubbs gave anak comel an early and surprise birthday present. Lama lagi birthday dia sebenarnya tapi abah dia pulak excited 😄. Selepas buat research (online stores) dan pergi ke a few shops, he finally decided on the best one. Insyaallah. Totally unexpected! And anak comel memang sangat happy. Boleh belajar masa cuti semester tak lama lagi.
 OMG!
Anak comel sebenarnya share video dia try main gitar kawan dia kat hostel. And she said, for a first-timer, kawan dia kata she's a natural. Siap try main sampai jam 2 pagi! Hubbs kata dia main macam OK, so itulah birthday present anak comel tahun ni😍

Comments