Skip to main content

Inilah Kerja I...

Sabtu lepas ke Gio cari kain untuk try buat telekung anak comel. Anak comel ni mukanya kecik comel. Bila pakai telekung selalu kena pin dengan brooch kat dagu. Memandangkan Mommy dia dah enroll online class jahit telekung (2 bulan lepas!), ingat nak buat untuk dia. Yang ngam-ngam muat muka. Dan kalau rasa diri terrer, nak try buat ada pocket sekali 😆!
Jumpa kain jersey murah tapi colour cantik-cantik. Renda beli di Karysma. Nampak macam matching kan? Experiment dulu. Nanti kalau dah OK baru cari kain yang lagi comfortable.

Dah ada overlock machine ni baru confident sikit nak buat projects macam ni. Boleh tukar-tukar machine. Renyah sikit lah sebenarnya sebab meja I ni taklah besar. Itulah meja kerja letak laptop kalau ada project. Itulah juga meja menjahit. Time menjahit, laptop letak atas dressing table stool kat tepi meja. Sewing machine pun gilir-gilir guna. Cabut plug, alih ke belakang sikit, yang nak guna alih ke depan. Teringin gak nak ada special room... Roomnya memang ada, modalnya yang tak da 😅.

Hari ni rajin masak. Bukan apa, seharian hujan saja. Lagipun letih juga makan luar ni. Memandangkan cili api banyak, sekarang ni cukup best buat masak lemak cili api. Hari ni buat daging tetel. Satu bekas tu dalam 400g, for the two of us, boleh makan 3 kali! Banyak mana sangatlah kita orang ni makan.
 For lunch daging tetel masak lemak cili api dengan enoki mushroom omelette. Hari ni try masak beras herba ponni. Baru nak start jaga kesihatan 😅!
Malam pun hujan juga, so panaskan daging tadi, tambah ikan bilis goreng dengan cili api. Entahlah, lidah I ni tak rasa pedas. Agaknya cili api tanam ni makin dia besar, makin kurang pedas kot. Yang kecik-kecik tu yang pedas kan.

Yang ni aktiviti kat patio masa hujan...
Kucing ni dah kenapa...

Comments