Skip to main content

Pesanan

Malas nak tulis pasal ni but I guess I just have to voice this out. Especially nowadays where you can read (or watch videos) of accidents happening everywhere. Sebenarnya, sebab jadi accidents ni bukan cara memandu tapi perangai masa memandu. Cara memandu ni rasanya 99% drivers memang pandai memandu. Kalau tak mesti kau still ambik driving test untuk kali ke 56 kan? Beza antara dua ni? Cara memandu - kau tau yang that stick at the side of the steering tu bila kau tekan, akan ada lampu kelip-kelip siap ada bunyi comel tunjuk yang kau nak masuk kanan atau kiri. Dan pastinya kau pernah guna. Paling tak pun masa kau ambik driving test. Perangai masa memandu - haram kau nak guna stick tu sebab kau ingat drivers lain on the road semuanya mind readers boleh baca dalam kepala otak kau tu yang kau nak masuk kanan atau kiri.

Now, let's talk about perangai masa memandu. Kadang-kadang manusia ni bila dia duduk kat driver's seat, perangai dia akan terus bertukar. Jadi manusia lain. Ada split personality agaknya. Kadang-kadang I pun sama juga. Perangai ni tak kira bangsa, agama, atau gender. I pernah ikut belakang satu van ni penuh dengan pak-pak lebai pakai serban masing-masing punya besar tapi sampai sungai kecik kat kampung I tu, driver bukak tingkap humban satu plastik besar sampah dalam sungai. Ini perangai semasa memandu. Tak guna kau pakai serban punya besar kalau kebersihan tak reti nak jaga.

Perangai semasa memandu ni sangat crucial - untuk keselamatan diri sendiri, orang yang ada dalam kereta kita dan pengguna jalan raya yang lain. Yang paling bahaya ialah setan yang suka hasut dalam kepala kita ni. 2-3 saat je dia hasut, buat kita marah, buat benda bodoh dan impactnya mungkin akan buat kita menyesal seumur hidup. Banyak sangat dah jadi. Baca je kat social media. Cerita-cerita tu semua patut kita jadikan pengajaran supaya kita tak buat. Bukan setakat baca je.

Meh I bagi contoh 2-3 saat tu. Katalah kita tengah bawak kereta kat lane kanan, tiba-tiba ada kereta laju datang dari belakang dok cucuk-cucuk kita. Terus dalam 2-3 saat tu darah pun naik, rasa sakit hati dan rasa nak balas balik kereta kurang ajar tu. Kita pun saja je brake-brake biar kereta belakang tu marah, lepas tu baru kita masuk lane tengah. Driver belakang tu nasib baik dia sempat brake. Bila dia potong kita, biasalah kan, mesti nak pandang-pandang, kasi middle finger ke apa yang patut lepas tu pecut dengan laju. Ini scenario paling bagus. Tak ada benda jadi. Alhamdulillah.

Katalah nasib tak berapa baik. Kereta belakang tu tak sempat brake. Dia langgar belakang kereta kita. Lepas tu dia terbabas langgar divider. Terbalik golek-golek 4-5 kali kat tengah jalan. Langgar pulak kereta lain yang ada kat lane tengah tu. Impactnya? Kereta kita punya bumper belakang tu kemek ke tanggal ke... Tapi impact pada kereta tu? Satu family dalam kereta tu semua mati on the spot. Kereta yang dia langgar kat lane tengah tu pun habis semua mati on the spot. Yang tak mati pastinya driver kereta tu. Selalu memang macam tu. Yang bodoh dan kurang ajar ni biasanya tak mati. Orang lain yang tak bersalah yang mati.

Boleh ke kita hidup knowing that just because kita layan 2-3 saat marah kita tu, orang yang tak bersalah mati? Kena pulak kereta tu ada dash cam. Saksi pulak mesti ramai. Sah-sah kau pun kena masuk lokap sebabkan kemalangan dan kematian. Berbaloi?

Satu lagi scenario nasib tak berapa baik yang lagi extreme. Kereta belakang tu tak sempat brake. Dia langgar belakang kereta kita. Tapi sebab kereta kita ni cc kecik, kita pulak yang terbabas langgar divider. Terbalik golek-golek 4-5 kali kat tengah jalan. Langgar pulak kereta lain yang ada kat lane tengah tu. Impactnya? Anak bini kita yang sama-sama dalam kereta habis mati on the spot. Kereta yang kita langgar kat lane tengah tu pun habis semua mati on the spot. Yang tak mati - kita yang driver ni.

Boleh ke kita hidup knowing that just because kita layan rasa marah 2-3 saat dengan main-main brake sebab nak tunjuk perasaan kat kereta yang cucuk kita tadi tu, orang yang kita sayang mati? Dah lah anak bini mati, masuk lokap pulak tu sebabkan kemalangan dan kematian. Berbaloi?

I'm just putting here the extremes of what could have happened. Tapi itulah hakikatnya. Dah banyak jadi. Allah boleh bagi kita kenikmatan, tapi Dia boleh tarik balik bila-bila masa. Ini peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. Learn from other people's mistakes. Jangan sampai kita buat kesilapan yang sama. Setakat 2-3 saat setan kacau tu apalah sangat. Sabar sajalah. Redha sajalah. Bagi saja dia lalu kalau nak cepat sangat. Entah-entah dia tengah sakit perut nak pergi toilet kat RnR depan. Orang buat kerja bodoh, janganlah kita balas dengan kerja bodoh juga. Nanti sama saja bodohnya. Orang nak kurang ajar, janganlah kita balas dengan kurang ajar juga. Nanti tak ada bezanya kita dengan dia.

So? Chill lah. Tak setuju tak apa.

Comments