Skip to main content

More Around the House

Life I ni memang memboringkan 😅

Minggu lepas I godek-godek kotak kain jumpa remnants kain jersey yang I jahit palazzo untuk my friend Nazri's daughter. Sekali tengok memang tak cukup nak buat apa. Dulu-dulu pernah plan nak buat skirt out of it. Tapi macam kena sambung sana-sini. Jadinya, keluarkan untuk buat project skirt tu. Bila fikir balik, I memang tak pakainya kalau buat skirt. Nak buat untuk anak comel... bukan taste dia kot. So, I ukur semula ikut pola seluar I. Dan teringat yang sebenarnya kain stretch macam jersey tak payah ada seam. Especially that I akan jahit guna overlock machine.

Hasilnya... tadaaaa...
 Ngam-ngam saja I potong kain ni. Sampai tepi pun belasah je sekali!
And tadaaaa... siap! Mula jahit petang tadi, malam dah siap 😊. Siap buat secret pocket kat depan macam selalu - untuk simpan phone.

Lepas ni rasanya nak buat blouse pulak. Selalu tengok kat Pinterest blouse cotton linen yang gobos-gobos tu. Macam comel la pulak. Entah sesuai entah tidak. Paling penting, entah reti entah tidak! Nak try jahit kena gali kain dalam kotak ajaib tu. Macam-macam ada dalam tu! Jimat duit jahit sendiri. Bila pergi window shopping dan belek-belek baju atau seluar, mesti cakap dalam hati - "I can sew this!". Ceeewahh 😉... 

Itulah kot aktiviti minggu ni. Anak comel tak balik. Exam week dah start. Dia dah habis 2 papers. Tinggal lagi 4. Birthday dia Sabtu ni. Ada exam pulak. Tapi mid next week dah habis and she can come back home. Alhamdulillah...

Now, around the house. My pokok cili yang besar tu is thriving. Alhamdulillah... Just recently macam dah kurang cilinya. Tapi sempatlah kutip dalam setengah plastik besar untuk bagi my friend Mas masa pergi rumah dia. Tak lama lepas tu mula lebat balik. Sekarang tengah "bela" 2-3 pokok baru yang nampak potensi akan besar dan tengah semai benih baru. Manalah tau boleh jadi ladang cili pulak garden I ni 😎.
Semalam petik sikit-sikit pun dah dapat setengah plastik kecik ni. Besar-besar dan berkilat cili ni. Rasanya baja compost yang I experiment tu menjadi. Sampai sekarang still dok letak kitchen scraps dalam container pokok cili ni.
 Pisang tanduk hari tu dah diturunkan. Dah masak pun. Sebiji pisang ni for both of us boleh goreng 2 kali.
Buah pertama masak - goreng saja. Makan petang-petang masa hujan dengan kopi O panas...😋

The kittens? Sama saja. Masih nakal semuanya.
Baru ni we bought collars (of different colours) at Mr DIY for these kitties. Bukan apa, muka masing-masing lebih kurang sama. Nak senang kenal kena pasang collars. Pardon the rumput yang makin tebal. Dah macam kat safari pulak kucing-kucing ni 😁.
These two are actually quite close. Koko and Boba.

Comments