Skip to main content

Finally!

Ada dua "finally!".

Yang pertama - finally berjaya siapkan palazzo anak comel. Ambil masa satu hari saja sebenarnya. Tapi nak mula tu punyalah payah. Bila dah start menjahit semula ni, semangat pun datang, menderu-deru bunyi mesin 😄. Alhamdulillah dia suka. Tapi kain satin lembut sangat. Banyak kali pesan - duduk tu make sure bukan tempat yang surface kasar-kasar nanti bertanda seluar tu!
Berkilat nau nampaknya. Dia memang suka jenis yang waist tebal sikit macam tu.

Teringat pulak kat anak tersayang tu. Rindu lah! Lima hari dia kat rumah ni. Hari Sabtu sempat bawak dia urut saraf mata dia tu. Isnin pula ke eye specialist untuk follow-up. Ada pulak ketumbit 2 ketul kecik. Adoiyai... semoga lepas ni dia sembuh. Sekarang dia study week. Sabtu ni mula final exam. Semoga semua urusan anak comel dipermudahkan. Dan semoga dia berjaya jawab semua soalan-soalan final exam untuk semua subjects dengan betul, tepat, sempurna dan mendapat markah yang tinggi. Aaminn...

Come to think of it, cepatnya masa berlalu. Macam baru sangat dia dapat result SPM, lepas tu pening-pening cari college lepas terpaksa tolak offer UiTM, then registration and orientation yang agak membimbangkan sebab dia macam tak berapa happy. Alhamdulillah, she's enjoying her studies now and have made some good friends. Sekarang dah hujung semester. Lepas ni 3 weeks of break and she'll be in her second semester.

Anyway, second "finally" ialah - berjaya jahit kain untuk beberapa helai baju kurung project zaman batu dulu. Masa kemas office lama jumpa satu kotak di surau berisi lebihan kain dan adalah dalam 5-6 helai baju kurung. Mostly baju saja, kainnya tak ada. Teringat dulu plannya lepas siap baju, nak pergi cari material sesuai untuk kain. Tapi terbiar saja baju-baju tu hinggalah I jumpa kotak tu.

Ada a few baju warna putih purple dah ada stain sikit. Lama sangat agaknya. Those I dah pack masuk dalam plastic bags untuk masukkan dalam tong donation di Tesco. Ada 3 helai baju yang nampak masih elok lagi. Jadinya, I match kan dengan this peach fabric yang seingat I lebihan kain baju raya anak comel masa dia darjah berapa entah. Lagi satu tu match dengan kain cotton stripes yang I beli di Spotlight dulu. Yang sangat "berkat" sebab macam-macam I dah buat dengan kain tu! Rasanya beli cuma 2 meter. 

I sebenarnya tak pandai buat kain baju kurung yet. Nak belajar takes time. Jadinya I buat kain kembang saja. OK lah kan. Jual murah-murah saja. 
Baju ni buat daripada lebihan jubah I.
 Yang ni memang lebihan kain project lama. Both kain peach lebihan kain baju raya anak comel.
 Baju lebihan kain project lama. Kain stripes tu sama dengan seluar Ali Baba Bujang Lapok I buat untuk Ilham 😁.

Comments