Skip to main content

Sempat Ke?

Semalam berjaya menyiapkan 1/3 of secret project yang dah tak secret tu. Alhamdulillah. Took a few days juga sebab kain yang I guna tu licin sikit. Memang mencabar kesabaran betul. 2-3 kali juga dah jahit kena buka balik. So, secret project tu ialah buat baju raya sedondon anak beranak. Tapi tops saja, bahagian bawah sendiri-sendiri 😅.
Blouse untuk anak comel. She was so happy yesterday. Dia dah beli kain baik yang lipat depan tu untuk pairkan dengan baju ni. Kain ni pun dia yang pilih sebenarnya. Lepas tu dok tanya - "Sempat ke nak siapkan baju abah and mommy?". Entahlah nak oooiii... Kalau tak sempat tak apa, pakai je baju lain 😊.

Selasa lepas sempat ajak anak comel ke KLIA untuk babai Aunty Ies yang fly menunaikan umrah. Kali ni dia Raya di Mekah. Tahun lepas Raya Madinah. Allah... seronok betul. Murah rezeki kawan kita orang ni. Semoga Allah jemput kami sekeluarga pulak. Doakan ya.
Babai Ies... doakan kita orang ye. Lepas send off tu merayap ke Mitsui kejap 😎.

Bulan puasa ni sebenarnya kebun tepi rumah terbiar saja. Malas betul nak buang weeds. Selalu petang-petang. Sekarang ni petang dah kelam-kabut nak siapkan makan berbuka. Semalam petang baru ada kerajinan. Itu pun sebab panaskan lauk lemak cili api daging salai semalam. Tak masak apa-apa yang baru. Saja je nak bagitau betapa sedapnya lauk tu 😋. Hehehe... beli dengan Atie. Dah siap dengan paste cili api sekali. Tinggal leburkan je dalam periuk, letak serai, daun kunyit dan asam keping. I tambah rebung. Berpeluh dahi makan punyalah pedas 😅.
Pokok mangga baik hati berbuah. Banyak juga putik dia. Semoga ada rezeki makan mangga sedap ni.
Pokok cherry tomato pun dah mula berbunga. Setakat ni nampak OK walaupun hari-hari panas terik.

Comments