Skip to main content

It's Still Raya, So, Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya to you. Hari ni dah Raya ke 6. Dah mula puasa enam ke belum tu 😁? Tahun ni our little family beraya di Melaka dulu. Sehari sebelum Raya balik Melaka tapi masa tu rumah kosong lagi. Yang ada cuma us dan Mijah & Mie. Disebabkan sampai pun dah jam 3 petang, rendang dan nasi impit dah naik. Tinggal tolong kacau saja. Baik sungguh hati adik ipau masak macam-macam. Alhamdulillah.
 Chef Mie masak rendang ayam cili api. Tak pedas sangat sebab takut orang lain semua merah telinga kepedasan. Nak kasi warna cantik sikit, dia tambah blended cili hijau. Boleh try resepi dia nanti!
Dah last minute pun ada lagi yang order roti John kambing yang sedap ni. Kita orang pun dapat satu 😋.

Esoknya baru adik-adik ipau yang lain balik. Alhamdulillah tahun ni ramai. Semua ada kecuali keluarga Kili yang balik rumah Siti di Kedah. 
Berwefie sementara tunggu anak comel siap. Punyalah lama...
 Tahun ni I jahit uniform Raya 😅. Tops sahaja, bahagian bawah pandai-pandailah matching sendiri! 
Selamat Hari Rayaaaa!
 Menjelang petang, semua dah balik. Alhamdulillah dapat kumpul ramai-ramai. Havoc! Macam-macam cerita nak catch up.
 Makan nasi impit dan rendang untuk kali ke 3 rasanya ni!
Anak comel with the two makciks in the middle. Memang anak-anak sedara lagi tinggi daripada makcik-makcik 😆.

Malam tu balik semula ke Bangi. Yang lain pun mula beransur. Esoknya beraya di rumah Acik Yaya dulu, lepas tu baru ke rumah my mother.
 Acik Mun dah start kerja. Jadinya, kita orang makan kuih raya je. Hehehe... tapi semua sedap-sedap sebab Acik Mun buat sendiri. Punyalah old school kuih raya 😋.
 Pakcik I yang baik hati ni agaknya rasa sangat terkilan kita orang datang beraya makan kuih saja, semalam dia masak rendang, nasi impit dan pulut kuning bagi kat kita orang! Alhamdulillah. Semoga Acik Yaya dan Acik Mun murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu.
 Sempat singgah ziarah kubur lepas tu...
Petangnya Nizam datang. As usual, kalau anak sedara yang ni datang, mesti kena jamu dengan pizza 😁. Benda lain dia tak pandang dah. Anyway, happy birthday Abang Ijam!

Comments