Skip to main content

Orang Datang Beraya

Weekend yang agak memenatkan tapi alhamdulillah so much fun. Last year rumah agak suram. Tak ada buat apa-apa jemputan raya. Rasanya sebab last year anak comel ada program SPM. Dan dia yang banyak keluar pergi open house 😅. Tahun ni pintu rumah dibuka seluas-luasnya untuk sesiapa yang nak datang beraya. Tapi kena bagitahu awal ya.

Saturday masak-masak untuk adik-adik ipau. Yang datang Kili and family, dan Nor dan Haleem. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga pun sangat murah minggu ni. Baru saja Hubbs dok cakap nak beli lemang, Nor datang bawak lemang Teras Jernang yang terkenal seantero Bangi tu. Sekali dengan daging dendeng dan ketupat palas dari Kelantan (yang datang naik bas!). Dan paling tersentuh hati, dia bagi anak comel some token sempena anak comel nak masuk college ni. Allah... quite a lot dan sangat membantu kami yang sedang berhadapan dengan dugaan yang agak hebat ni. Semoga semua adik-adik ipau dan keluarga dimurahkan rezeki. Gambau lupa pulak nak ambik 😅!

Ahad pulak masak-masak untuk anak-anak sedara. Ajak Acik Yaya dan Acik Mun sekali. Anak comel pun tumpang sekaki ajak kawan-kawan dia datang beraya. Tengah masak tengahari tu, abang dan kakak neighbour depan datang hulur bungkusan. Alhamdulillah... dia orang baru balik dari kampung, siap bagi Nasi Beryani Kambing 40 Hari 2 bungkus. Pernah dengar nama tu dan agak viral kan? Allah... punyalah sedap. Patutlah orang sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak makan tu.
 Anak comel buat brownies ikut Khairul Aming. Memang sedap! I yang tak berapa suka makan chocolate ni belasah juga 2 potong. Serious sedap weh!
 Inilah Nasi Beryani Kambing 40 Hari. Kami bertiga kongsi satu bungkus ngam-ngam saja. Lagi sebungkus makan Maghrib tadi masa Hubbs buka puasa. Ini pun serious sedap!
 Semalam I masak rendang ayam hijau. Segenggam cili api pun masih tak rasa sangat pedasnya. Cili api I tanam tu memang tak kuat sangat pedasnya. Favourite semalam ni. Ada orang yang tambah 3 kali 😁!
Ini yang paling awal sampai. Acik Mun contribute laksa. Alhamdulillah... Bertambah meriahlah meja! 
 Ilham pakai baju yang kita orang beli kat Penang. Alahai comey nyaaa 😍....
 Hamboi... macam dah biasa je panjat tangga. Maklumlah, tangga ni sama je macam rumah dia 😁!

Comments