Skip to main content

Day of Makan

Saturday was a day full of makan-makan. Dari pagi sampailah ke malam. Alhamdulillah... semoga murah rezeki semua yang jemput keluarga kecil kami ni datang beraya. Mula-mula breakfast/brunch di rumah kawan CBF Rahani di Seri Putra. Dalam group siap bagitau dia ada masak couscous untuk yang nak healthy meal. Tapi bila sampai rumah dia, mana nak healthy mealnya. Segala satay, nasi minyak bagai macam kenduri kahwin dah 😅.
 Ni lah healthy mealnya. Sedap gak couscous ni. Next time boleh try buat sendiri. Dulu selalu tengok kat AFC Nigella dan Jamie Oliver masak.
Kawan sebelah tu jengket kaki punya tinggi nak cuba nak sama tinggi dengan kita 😉. Thank you so much Rahani. Next month insyaallah jumpa kat CBF 💪.

Lepas tu singgah rumah sekejap ambil barang, dan terus ke Denai Alam pulak. Nor dan Haleem buat open house. Jalan walaupun high traffic tapi tak lah jam sangat sebab awal lagi. Rasanya kita orang tetamu pertama sampai. Tapi memang nak datang awal tolong-tolong pun...
 Tinggal nak potong-potong je...
 Tunggu kambing golek sampai...
Ini yang ditunggu. Punyalah sedap... Dua kali tambah. Memang makan ni saja 😅. Thank you so much Nor & Haleem.

Lama jugalah kat Denai Alam tunggu adik-adik ipau yang lain sampai. Dekat jam 7 baru gerak ke rumah ke 3 iaitu rumah Ekin dan Angah Ejat. Jalan memang jam lah tapi alhamdulillah moving. Walaupun kami datang dari jauh, tetap sampai dulu 😀! 

Ekin masak nasi ayam yang marvelous. Rahsianya guna beras herba ponni. Waahhh... lepas ni Ateh nak kena tukar beras yang lebih sihat ni! Berkeriuk juga perut tunggu yang lain sampai nak makan nasi ayam 😅.
 Yang kecik tu lah jadi penghibur. Bukak cerita Upin & Ipin Geng Pengembaraan. Beriya dia tengok. Ada masa dia lari berdiri belakang Nek Teh dia. Ingat pasal apa. Rupanya dia takut tengok scene motor. Maknanya Nek Teh ni taklah menggerunkan betul tak 😁? Ke sebab lebar senang nak menyorok 😏?
Thank you Ekin & Angah Ejat!

Masa di Denai Alam dapat perkhabaran bekas abang ipar meninggal. Al Fatihah.

Comments