Skip to main content

It's the Shoes Kot!

This morning berjaya run 5K. Lama dah tak run sebenarnya. Sekarang dengan cuaca panas dan jerebu ni lagilah. Tapi memandangkan dah 2 hari tak workout, cergaskan diri juga 💪. Minggu depan ni CBT cuti raya Selasa sampai Khamis. Masalahnya Khamis tu pun malam baru ada class. Seminggu tak da class 😨. Lemau lah aku... Tengah tunggu Aqish kot dia rajin set dengan coach buat kelas ganti.
 Berjaya buat bawah 50mins! Selalunya dalam 53mins. Must be the new shoes 😎!
4th badge earned. Bulan ni agak slow walaupun start dengan agak laju. Kena rajin sikit walk lah!

Hari ni layankan anak comel nak ke IOI City Mall walaupun hari Ahad. Hubbs pulak nak lunch kat Ah Cheng Laksa, tempat mampu makan itu 😄. Tempat tu memang nostalgia betul. Air longan dia sama macam yang I selalu beli kat pasar malam SS8 masa kecik-kecik dulu. 
Ngada tau ada hati nak beli boots tinggi sejengkal. Baru jalan sikit dah rasa penat kaki kan? Masa ni muka anak comel ada iras-iras muka Mak Ngah Mas dia.

Comments