Skip to main content

Potensi Bahu Tegang

Kerja translation yang urgent itu sudah bermula. Sejak hari Jumaat dah mula dapat file. Sikit-sikit. Hari ni patut dapat semua 35 pages. Setakat ni dah siap dalam 20. Plus minus mungkin ada lagi 20.

Urat bahu dah mula tegang dan keras. Adoi... ada potential kena penyakit biasa - urat belikat keras. Alhamdulillah, kerusi kesayangan dah diambil dari kedai, jadinya selesa sikit buat kerja. Ruang "work from home" di bawah dah mula menampakkan rupa. Itu untuk Hubby. Ada meja baru. Drawers dan cabinet dari kedai dah disusun. Kipas dan lampu dah ganti baru. Tinggal karpet je belum ada sebab hantar cuci. Once in a while I might go downstairs to work. Boleh tengok TV sambil kerja :).

Doa semoga kerja smooth tanpa banyak masalah. Jangan last minute baru dapat semua cukup. Tak tidur malam nanti nak kejar deadline 27/10 :(

Comments