Skip to main content

Resolution Sempena Birthday

I have this resolution. Berkait rapat dengan hadiah Hubby (yang I sendiri pilih) iaitu exercise pants. To lose some weight. OK, to be precise - 7kgs by end of the year. Satu resolution yang nampak macam boleh achieve. Insyaallah...

Sejak jerebu ni dah tak kayuh. Rasa bosan gila. Nak power walk memang tak de nya lah dengan cuaca macam tu kan. Ever since dah station kan diri sendiri di rumah, macam boleh squeeze in some fitness program. Sejak dari hari sebelum birthday dah cuba untuk makan food yang boleh assist weight loss iaitu protein. Tengok lah ya kalau jadi!

Semalam rezeki Aliyah jumpa kawan dia di IOI City Mall. Long story but in short, we parted ways. Siap pergi tengok wayang Maze Hunter. So, berdua dengan Hubby spend my birthday :). Tunjuk kat dia card yang Aliyah bagi. Ehem, dia kalau pasal Aliyah selalu habuk masuk mata :).
Test wefie Hubby's new Note 5. Sebelum cari my present, dia dah dapat dia punya dulu. Rajin betul Maxis bagi dia hadiah. Entah apa-apa dua orang laki bini ni duduk rehat kat tengah-tengah mall test wefie guna voice activation!

Comments