Skip to main content

Sekali Kayuh Nah Kau!

Minggu yang agak "fit" sebenarnya. Hari Selasa dan Khamis Hubby guna kereta pagi. Jadi, I telah menjadi "Cik Salmah" nurse. Pegi my mother's place naik basikal. Ever since my SIL Kak Ros operate thyroid, I take over the task of bathing my mother in the morning. Suka je kayuh, cuma bila sampai kat corner half-way between my house and my mother's, selalu ada segerombolan anjing yang agak garang. Sekarang dah beranak-pinak pun. Sebelum sampai tempat tu, memang siap-siap baca ayat Kursi, segala ayat Nabi Sulaiman (rasanya my late father yang ajar dulu), selawat, zikir... Alhamdulillah, setakat ni lalu OK saja.

Pagi ni kayuh ke route Batang Benar yang dah lama sangat tak pergi dengan Hubby dan 2 anak sedara yang kaki basikal ie Along and Ijjul. Total +- 30kms. Wahh... sekali kayuh terus berpuluh km kan? Sekarang duduk kat kedai dengan mata yang agak berat... Penat kayuh dengan budak bujang umur 20an ni...
 Tiga Bujang Lapok...
Sempat naik laluan sikal kat atas landasan keretapi...
Sambil tunggu Bujang Lapok naik Bukit Cina, try skill ambik gambar :)

Comments