Skip to main content

Post Aidil Adha

Masa kecil-kecil dulu Raya Puasa is everything. Raya Haji is nothing. Dulu-dulu mana reti nak appreciate Haji. Ingatkan Raya Haji untuk orang pergi haji sahaja :). Bila dah tua sikit ni (sikit je...) baru belajar erti Aidil Adha. Subhanallah... Besar sangat ertinya. For the last few years, masuk Zulhijjah saja, selalu buka channel Al Hijrah atau Oasis, sometimes TV1. Dan dah 3-4 tahun tak pernah miss tengok kelambu Kaabah ditukar. Doa semoga Allah hantar jemputan. Mungkin duit belum cukup, ilmu lagi lah tak cukup, tapi kuasa Allah melebihi segala-galanya. Zulhijjah banyak mengajar erti sabar dan redha. Paling penting faham yang segala-galanya milik Allah. Insyaallah, kalau dapat tanamkan walau sikit rasa redha, hati akan jadi lebih tenang. 

So, apa jadi these few days? Hari Sabtu, seperti Raya Puasa dulu, akak telah menjadi tukang masak. Simple je - rendang ayam, lontong dan nasi impit. Lepas Maghrib hantar rumah my father. Cukup untuk esok harinya. Hari Ahad, datang ambil daging korban dan bahagian-bahagian lain sikit, malamnya hantar pulak sup tulang (5-6 ketul je) + daging dan paru/hati/jantung goreng. Semalam, masak ayam pencen lemak cili api pulak. Setelah tiga hari masak, hari ni akak cuti ye :)
 Nasi impit, lontong dan ayam rendang. Kali ni buat rendang guna rempah kari + garam masala. Bagitau Hubby, saya kalau buat rendang tak pernah resepi sama. Suka hati. Sedap je, dia kata :).
Dua ekor ayam pencen masak lemak cili api. Dekat sejam lebih masak baru lembut. Very rich sebab my father belikan santan 2 kilo. Sekilo guna untuk rendang, lagi sekilo guna untuk ayam ni. Walaupun cili api banyak, still tak pedas sangat.

Comments