Skip to main content

Kalaulah...

I am just saying...

Kalaulah sesebuah persatuan Muslim itu sangat concern, passionate, kecoh dan membuat press conference dengan "idea-idea bernas" tentang pressing social issues seperti suami degil tak bayar nafkah anak-anak kepada bekas isteri, atau ibu tunggal & fakir miskin yang susah dapat bantuan dari Pusat Zakat atau JKM, bukan kah lebih bagus...

Dan kalaulah sesebuah persatuan Muslim itu study hukum agama sebelum buat press conference dengan nada emotional siap nak tukar darah kepada yang lebih suci, bukan kah lebih elok...

Dan kalaulah isu-isu coklat dengan DNA khinzir ini ditangani dengan teratur oleh pihak berkaitan iaitu dengan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil (langkah A, B, C) dengan jelas kepada orang awam tanpa menunding jari kepada sesiapa dahulu, bukan kah lebih bijak...

Sekarang? Sekejap halal, sekejap haram, sekejap halal. Sekarang? Sekejap ada DNA khinzir, sekejap tak ada. Yang menang? Syarikat coklat.

I am just saying...

Comments