Skip to main content

Terasa Hati

Tak ada hujan, tak ada ribut, hari ini saya telah menerima satu bebelan dan nasihat yang panjang lebar tentang cara-cara menjalankan perniagaan dari seorang yang saya percaya tidak pernah berniaga. Oleh itu, saya menjadi agak angin dan terasa hati kerana walaupun saya masih sangat jauh lagi dari inisiatif untuk meletakkan nama di dalam senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset yang mungkin hanya 0.0000000000001% dari jumlah aset Tan Sri Robert Kuok, tapi saya bangga kerana saya telah berjaya menjalankan perniagaan tanpa bantuan siapa-siapa selama hampir 6 tahun. Dari "nothing" kepada "something". Dan saya sangat bangga dengan "something" yang telah saya bina dengan usaha saya sendiri.

Saya bangga. Saya berjaya dalam erti kata yang hanya saya boleh fahami. Dan saya berjanji dengan diri saya sendiri yang saya tak akan telefon lagi. Maaf.

Comments