Skip to main content

Perangai Some Drivers

Hari ni akak nak blog style lain. Stress lah. Tak cukup tido sebab tak leh tido. Lepas 2 hari, mlm tadi akak makan ubat selsema yang memang untuk kasi tido. Pagi tadi akak bangun pukul 12. Bukan pagi, 12 tengahari, silap.

Akak nak tulis pasal satu driver akak jumpa semalam. Bila bawak kereta ni, macam2 perangai kita boleh tengok. Yang ni pasal satu driver pompuan. Akak sebenarnya pantang bila orang kutuk women drivers, tapi yang ni akak pun sama nak kutuk. Cara dia bawak kereta ya Allah... sabar je lah. Akak rasa dia ni either 1) Baru dapat kereta baru; or 2) Baru lepas probation ("P" baru tanggal pagi tadi).

Dia bawak Savvy warna merah, punya lah slow. Kat Seri Putra tu dah la jalan banyak lubang, dia boleh try elak semua lubang yang ada. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. So imagine lah - dah la slow, kejap kiri, kejap kanan, kejap tengah. Akak rasa kalau akak maintain speed seslow 40km/h dan tutup mata, memang akak akan hentam belakang kereta dia. Pasal dia begitu determine mengelak semua lubang yang ada. Akak lain, brutal. Semua lubang akak langgar. Macam motorcross gitu, walaupun akak bawak Kancil. Ha, macam mana tu? Kancil boleh buat motorcross.

Pas tu, yang best, simpang tak nampak lagi dia dah bagi signal. Haa, over tak? Over kan. Punyalah jauh simpang tu signal dah kelip2. Nak masuk simpang pulak, kita tengok kiri-kanan-kiri cukup la kan. Pas tu masuk je la simpang kan. Dia ni tengok kiri-kanan-kiri-kanan-kiri-kanan. Lemas betul akak ikut belakang dia. Pas tu dah masuk jalan lurus tu, tekan le minyak tu sikit. Kereta berkilat2, baru lak tu. Ni tak, dia dok maintain speed sama macam dia dok elak lubang tadi. Akak mula2 saja je la nak ikut, terhibur la jugak tengok aksi2 bodoh dia, tapi lama2 akak hilang sabar lah pulak. Perut pun lapar. Last2 akak potong je dia.

2 hari lepas akak ikut belakang satu Satria ni. Kat Teras Jernang tu petang2 memang banyak kereta nak keluar simpang kat sungai tu. Segala macam jenis keluar serentak. Bas kilang, bas sekolah jangan cerita. Jadi petang2 mesti kena beratur kat simpang tu. Pas tu ada pulak kereta nak masuk dari Sg Merab tu, so pandai2 la jadi pemandu berhemah. Agak2 selang 2-3 kereta, kita kena lah bagi jalan kat orang yang nak masuk ke jalan tu kan.

Si Satria ni memang jenis yang akak memang menyampah - ekzos besar batang buluh dok tekan2 minyak macam la laju sangat, cermin tinted hitam ingat apa, ko hensem sangat? Tetiba dia angin pasal kereta depan dia kasi satu bas kilang ni masuk. Siap keluar2 tangan lagi. Akak tengok muka dia kat side mirror dia tu macam MGR pun ada. Bagus la tu, cara dia menyumpah2 keluar2 tangan macam MGR tengah hot, agaknya jelir2 lidah lagi. Pas tu mula buat aksi bodoh tak reti2 nak sabar dan tanda tak sekolah iaitu menekan2 minyak dan rapat2 dengan kereta depan dia. Pas tu yang akak naik angin, sampai kat simpang tu, dia pegi nak potong kereta depan dia, jadiknya kat situ tu ada 2 kereta nak keluar simpang dan dia menghalang kereta yang nak masuk simpang. Memang bangang. Masa dia potong tu nyaris2 nak libas satu abang naik motor ni. Kesian abang tu.

Pas tu, bila dah lepas simpang tu, dengan begitu bangga dan confidentnya dia menekan minyak ala-ala F1 dan pegi dengan laju sekali. Tapi kan, yang akak begitu gumbira sekali apa tau - dia baru tekan minyak 2 saat, dia kena slow pasal kat depan tu punyalah banyak kereta beratur. Jalan nak balik rumah mak akak tu macam jalan pegi Genting tu, macam ular kena palu. Pas tu, jalan sempit, nak memotong kira susah la sikit. Jadiknya, sepanjang jalan nak ke Bangi tu, si MGR tu kena ikut jugak belakang kereta yang dia marah tadi. Hahahahaha... akak suka, akak suka. Padan muka ko MGR.

Comments

dcharmed said…
HAHAHAHHAHAHAHAHHA... serius part "si MGR tu kena ikut jugak belakang kereta yang dia marah tadi" memang serius superb! kalau gue, gue kuar keter...siap bagi peace kat dia! (Padan muka!)hahhaha... blom lagi aksi yang driver berlagak,bakar-bakar,potong keter kiter laju, tup2 sampai simpang depan, kena tahan PAK POLIS! Huwhahwuwahu tu lagi rasa nak gelak guling2 depan keter dia!
Aniza said…
Best kan kalu org mangkuk hayun mcm tu kena sebijik. Akak mmg suka gila masa ikut belakang dia tu. Siap lalala nyanyi gitu. Hahaha... Kalu kes kureng ajar pas tu kat depan kena dgn polis belum jumpa la. Tu lagi best yek. Tapi kes kureng ajar gila dan kat depan accident nephew akak pernah jumpa. Masa tu dia kata dalam hati cakap jugak "Padan muka ko, tadi berlagak sgt". Tapi dia kata kesian la pulak walaupun tak teruk tapi habih la tepi kereta. Tu la kan, bwk kereta ni tak leh riak.