Skip to main content

Review Ikhlas

Hari ni I nak buat 2 reviews. Unpaid review yang ikhlas. I akan promote anything yang I rasa bagus 👍.

First sekali pasal makan. Semalam Hubbs and I hantar anak comel dan BFF dia ke AEON Nilai. Katanya nak round-round kot lah ada kerja part-time. Dah biasa kat sekolah jumpa kawan-kawan, sekarang bila dah tak sekolah memang tak senang duduk 😅. Lepas drop them off, Hubbs and I mula-mula plan nak lunch di Batang Benar makan ayam salai masak lemak cili api dan yang sewaktu dengannya. Bukan apa, a few days ago makan keli salai masak lemak cili api dekat satu kedai kat Nilai yang macam viral juga. Tapi punyalah kecewa. Tak pedas langsung. I ni kalau makan masak lemak cili api tangan tak pijar lepas makan maknanya tak berapa kicklah tu 😆.

Memandangkan semalam Jumaat, nak ke Batang Benar tu takes time juga, we decided to have lunch di Nilai. Teringat kat satu kedai ni yang iklan selalu lalu kat IG. Namanya Paperbox. Nama Mat Salleh tapi kedai nasi campur specialty masak lemak cili api. Verdictnya - Masyaallah sedap 😋. Memang kena sangat dengan selera kita orang. Lepas makan siap I jumpa akak cook dan puji masakan dia sedap!
Keli salai dan daging salai masak lemak cili api. Kuah pekat, nampak cili api berenang-renang dalam kuah tu 😋. Harga sangat reasonable. If you happen to be in Bandar Baru Nilai, waze saja Paperbox. Dari kedai tu nampak AEON Mall Nilai. Lauk lain - asam pedas dan masak tempoyak. Keli dan ayam bakar pun ada, bau punyalah sedap...

Secondly, pagi tadi we sent anak comel to Kolej Komuniti Hulu Langat kat Kajang. We enrolled her to learn Microsoft Excel. Setengah hari saja. Bagus dia belajar formal sebab kalau kat rumah dengan kita orang macam tak semangat saja. Lagi pun dapat sijil kan. Valuable tu.

I nak puji Kolej Komuniti Hulu Langat ni sangat efficient. I registered online, tapi lepas 2 hari dalam system status still "Sedang Diproses". So, I sent a message via FB. Tak sampai setengah jam dapat reply minta my phone number. Lepas tu I dapat text via WA informing about the time and venue of the class (siap ada note - bangunan mengadap Giant). I also got added into a group (later on that!). 

Pagi tadi hantar anak comel, she was welcomed warmly by the staff. Ramai juga yang join class dia - of all ages. Dan lepas habis class, dalam group WA, the trainer thanked the participants dan apologised kalau ada salah silap. Siap bagitau kalau nak leave group it's OK but for those who stayed on, she will use the platform to inform of other courses.

I applaud Kolej Komuniti Hulu Langat. Very professional and efficient. And the fees sangat affordable - RM20 saja untuk Microsoft Excel class. Life long learning courses lain pun banyak juga. Nak raya ni siap ada class buat kuih raya untuk yang nak buat business 😎.

Comments