Skip to main content

Day Trip to Kuale

Lama dah sebenarnya I bagi cadangan pada Hubbs for our little family to go on a trip back to his old school. I think it's good for Aliyah to know our "roots". She knows so much about my life back in ATPN as whenever my friends and I meet up, more often than not I would bring Aliyah along. So, cerita-cerita seperti kena panggil masuk pejabat ibu sebab nakal, ponteng kelas dan lain-lain aktiviti yang sewaktu dengannya semua dia tahu. I once told her, if she were to stay at a boarding school right now, she would be very much advanced in those areas!

We finally took the trip yesterday. Hubbs wanted to drive out somewhere. I suggested we go for a dose of Mee Udang Mak Jah at Kuala Sepetang. He agreed and suggested we visit his old school next. Jadinya, lepas breakfast, we headed north. Cuaca sepanjang perjalanan sangat best dan sejuk, redup, mendung, once in a while gerimis. 
 Going for an adventure :)
Stop kejap di RnR Sg Perak.

Sampai Kuala Sepetang around 11.45am. Kedai bukak jam 12 rupanya. Pusing pekan Kuala Sepetang yang sangat klasik tu sekejap, lepas tu datang balik. Might as well just wait for just a few minutes. We were the first to be served :). Service pulak sangat cepat. Thumbs up!
Siapa tak tergoda dengan udang besar dan gebu macam ni kan? We ordered 2 bowls of this, one prawn fried rice for Aliyah (udang saiz medium), dan paling awesome ialah udang goreng tepung. Overdose terus!

Lepas lunch, patah balik ke highway dan masuk tol Kuala Kangsar.
Inilah MCKK sekolah Hubbs. The main building is called Big School. Ada Big Tree disebelahnya. Selama ni kalau exchange cerita-cerita kisah lama kat sekolah, tak boleh nak imagine sangat layout sekolah ni. Sekarang dah faham :).
 Visit academic building. 
 Belakang tu katanya ialah dewan tengok wayang during weekends. The grass is out of bounds. Siapa pijak rumput tak boleh keluar bandar. (Errr... dapat juga keluar bandar kan. I dulu jangan mimpi. Kalau hantar kad keluar tu, memang tak adanya dapat approval!)
Ni kat depan dining hall.

Hubbs told us stories of his life there. Memang nostalgia lah kan. The best years of our lives were spent growing up at hostels. Alhamdulillah jadi orang :).
Singgah solat kat Masjid Ubudiah. Masjid yang sangat, sangat cantik.

Lepas tu singgah kat Lembah makan cendol, popiah dan cucur udang. I suggested visiting Galeri DiRaja, tapi muka anak comel dah letih semacam je. Ok la, balik terus. Perjalanan masih jauh. Anyway, it was an amazing trip. We had fun :). Must do this again! Tengah fikir next one nak pergi mana.

Comments